COVID-19 rekod 26 kematian, angka tertinggi pernah dicatatkan

Dari Penulis

SEBANYAK 26 kes kematian di tujuh negeri akibat COVID-19 dicatatkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan angka kematian harian tertinggi akibat wabak itu yang direkodkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tujuh kematian direkodkan di Selangor, enam di Kuala Lumpur, empat di Johor, tiga masing-masing di Kelantan dan Pahang, dua ke Pulau Pinang manakala satu di Sarawak.

Beliau berkata, mereka berusia antara 36 hingga 85 tahun, serta kebanyakannya menghidap pelbagai penyakit kronik.

Katanya, 14 daripada kematian itu membabitkan pesakit lelaki manakala 12 lagi adalah wanita.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,733 kes COVID-19 baharu hari ini, sedikit penurunan selepas dua hari berturu-turut mencatatkan lebih 4,000 kes.

Selangor terus mendahului senarai negeri paling banyak kes dengan mencatatkan 1,278 kes dan lapan negeri lain mencatatkan kes tiga digit.

Negeri Sembilan mencatatkan 205 kes baru. Ini adalah kali pertama negeri ini mencatat lebih daripada 200 kes sejak 24 Februari.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

RTM mohon maaf gangguan siaran aksi Perancis-Senegal di RTMKlik

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf kepada penonton susulan gangguan teknikal yang menjejaskan siaran langsung separuh masa pertama perlawanan...

More Articles Like This