Arab Saudi rancang benar haji, jemaah asing belum diketahui

Dari Penulis

MEKAH ketika ini menerima kehadiran jemaah umrah yang ramai susulan Ramadan semakin menghampiri penghujung.

Melihatkan perkembangan tersebut, ramai yang mengharapkan ibadah haji dapat dibenarkan dengan jumlah jemaah yang lebih ramai pada tahun ini termasuk jemaah asing.

Setakat semalam, negara itu telah mengumumkan rancangan untuk membenarkan rukun Islam kelima itu pada tahun ini dengan peraturan langkah pencegahan yang ketat bagi menjamin kesihatan dan keselamatan jemaah.

Menurut Agensi Berita Saudi, pihak berkuasa kesihatan negara itu masih menilai keadaan dan mengambil semua langkah untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, perincian mengenai pengurusan musim haji tahun ini akan diumumkan kemudian.

Kementerian itu juga tidak menyatakan sama ada jemaah asing akan dibenarkan melakukan ibadah haji bagi musim ini.

Baca artikel berkaitan: Peluang haji kian cerah, Mekah buka pintu jemaah divaksin untuk Ramadan

Tahun lalu, ibadah haji dibenarkan dengan jumlah jemaah yang terhad sebagai sebahagian langkah berjaga-jaga terhadap penularan COVID-19.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengumumkan 942 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi menjadikan keseluruhan jangkitan seramai 426,384.

Jumlah kes pulih meningkat kepada 409,740 dengan 1,064 lagi pesakit sembuh.

Dalam tempoh 24 jam lalu, angka kematian meningkat kepada 7,072 dengan 13 korban baharu dilaporkan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This