Fiza kembali berstatus janda, perkahwinan ketiga tak dapat diselamatkan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SEKIAN lama berahsia mengenai status dirinya, bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim mengesahkan kini sudah kembali menjanda sejak 22 Julai tahun lalu.

Fiza reda perkahwinan ketiganya dengan juruterbang berstatus duda dua anak iaitu Aizat Al Jefri kecundang di tengah jalan selepas empat tahun hidup bersama.

Rumah tangga mereka dikurniakan anak perempuan, Baby Aleena yang kini berusia tiga tahun.

“Saya ambil masa untuk merungkaikan hal sebenar sebab ia bukan mudah. Baru kini saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri. Kami bercerai talak satu…saya diceraikan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Punca atau sebab kami berpisah, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tak mahu buka aib sesiapa.

“Saya sedar dengan status pernah berkahwin sebanyak tiga kali, pasti akan ada yang memandang serong. Namun saya hanya manusia biasa yang tak lepas diuji.

“Saya tak hidup dek puji, tak mati dek keji,” katanya.

Bagaimanapun Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim,42, akur dengan jalan hidup yang sudah tertulis buatnya.

Malah, dia akui sukar melelapkan mata sejak tiga minggu lalu kerana terlalu memikirkan nasib dirinya.

“Mata mengantuk tapi tak boleh tidur. Otak seolah-olah berjalan memikirkan pelbagai perkara termasuklah nasib diri ini.

“Saya ‘lost’ dan terkapai-kapai memikirkan pengakhiran hidup saya dan keluarga.

“Namun saya bersyukur kerana ada yang datang membuka jalan untuk cuba cabang kerja baharu. Mungkin saya akan mempertimbangkan tawarankerja itu.

“Cuma saya belum terfikir untuk kembali aktif dalam dunia seni buat masa ini. Mungkin saya akan lebih terbuka jika ada tawaran bergelar duta selepas ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fiza cukup beruntung kerana bekas suami menerusi perkahwinan pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin memberi sokongan terutama dalam penjagaan anak mereka, Ferra Aryana,13 dan Feeya Adyrra,12.

Mereka bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Kemudian, Fiza mendirikan rumah tangga dengan bekas peserta Akademi Fantasia, Adam pada September 2013 dan bercerai pada 2015.

“Lebih terjamin hidup anak-anak saya dengan bekas suami. Malah, sesekali dia akan bertanya khabar keadaan saya,” tuturnya.

Sementara itu, Fiza turut menafikan khabar angin yang mendakwa dia telah berkahwin dengan pelawak Saiful Apek dan bergelar isteri kedua.

“Tiada istilah saya bergelar isteri kedua dia. Kami hanya bertemu di sebuah program ‘game show’.

“Sejujurnya, gambar kami yang tular itu dirakamkan oleh isterinya sendiri.

“Kami masing-masing ketawa selepas mengetahui tentang berita yang tular itu.

“Mungkin ada silap saya ketika itu kerana status rumah tangga ketiga saya juga masih samar-samar…jadi ia mengundang kebencian orang ramai,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This