PKP usaha ‘membeli masa’ menanti kita divaksin

Dari Penulis

NEGARA mana paling banyak kes COVID-19?

Jawapannya, masih Amerika Syarikat (AS) dengan 33 juta kes.

Namun, kalau diambil rekod tujuh hari lalu, kes harian AS hanya sekitar 40,000 – sedangkan empat bulan lalu kes kematian harian mencecah 4,000 kes.

Apa yang berlaku di AS juga menjadi trend di beberapa negara maju. Misalnya United Kingdom (UK).

Kes harian di UK kini seribu lebih sahaja, jauh beza dengan awal tahun ini yang cecah berbelas dan puluhan ribu sehari manakala di AS jumlahnya sama seperti India hari ini, ratusan ribu penularan direkodkan sehari.

Perubahan statistik ini dalam tempoh empat bulan sudah tentu mempunyai saling hubungan yang sangat erat dengan pemberian vaksin COVID-19.

UK kini separuh populasinya sudah divaksin atau lebih tepat 35 juta. Begitu juga di AS, hampir 200 juta terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Benarlah kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludidn dalam temu bual pertamanya bersama RTM selepas penularan COVID-19 tahun lalu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanyalah kaedah membeli masa.

PKP, lockdown, shutdown, circuit breaker atau apa sahaja istilah mengikut negara tidak akan memutuskan terus wabak itu, sebaliknya kes masih berkemungkinan turun naik berdasar longgar ketat pelaksanannya.

PKP hanya membeli masa dalam usaha mengekang penularan virus itu agar sistem penjagaan kesihatan tidak tumbang sementara menanti majoriti warga sesebuah negara medapat vaksin.

Selagi belum selesai vaksin diberi pada jumlah tertentu, maka selagi itu kita berlu hadapi PKP yang mungkin untuk beberapa kali.

Bazar Aidilfitri Kuala Lumpur @ Jalan TAR kembali dibenarkan pada tahun ini. Namun akibat lonjakan kes di akhir Ramadan, zemua bazar terbuka di kawasan PKP diarah tutup mulai hari ini susulan pelaksanaan PKP. GAMBAR hiasan: Abd Razak Aid

Cuma masalah dengan PKP, ia mempunyai kesan kepada ekonomi selain sosial. Banyak yang terjejas kerananya.

PKP 3.0 ini walau tidak seketat yang pertama, tetap mempunyai kesan pada ekonomi dengan sehari dianggarkan rugi RM150 juta hingga RM300 juta.

Baca artikel berkaitan: Gelombang ketiga lebih ganas, PKP seluruh negara mulai 12 Mei

Hampir 700,000 lengkapkan dua dos vaksin COVID-19

Kalau 10 hari sekalipun, kosnya sudah berbilion.

Sebab itu negara maju dilaporkan sanggup membeli vaksin walau pada harga premium, berlipat kali ganda dari nilai sebenar.

Sesetengahnya melabur dari peringkat awal pembangunan vaksin lagi dengan biaya yang besar.

Justeru, kalaulah kerajaan masih ada ruang untuk berbelanja lebih bagi mendapatkan vaksin lebih awal, maka kenapa tidak.

Atau juga yang berkemampuan dikenakan caj tertetu bagi menampung kos pembelian vaksin harga premium supaya lebih cepat rakyat divaksin.

Melihat kepada situasi COVID-19 global, rasanya apa sahaja cara wajar dipertimbang.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor buka tirai Sabtu ini, keputusan bakal status quo?

GENDANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bakal dipalu secara rasmi Sabtu ini apabila tirai proses penamaan calon dibuka...

More Articles Like This