“Kami tidak akan berhenti” – Netanyahu: Serangan dipertingkat, 42 korban terbaharu Palestin

Dari Penulis

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahi menyatakan pengeboman terhadap Gaza ‘akan memakan masa yang lama’, ketika rakyat Palestin hari ini mengalami korban terbanyak dengan sekurang-kurangnya 42 penduduk maut, termasuk 10 kanak-kanak.

Netanyahu berkata pengeboman di Tebing Gaza itu akan berlanjutan walaupun terdapat protes dari pihak antarabangsa dan usaha untuk melakukan gencatan senjata.

Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen pada hari Ahad, Netanyahu menyatakan serangan udara Israel akan berlanjutan dengan ‘kekuatan penuh’ dan ‘memakan masa yang lama’, sambil menambahkan negaranya ‘ingin memberi pengajaran yang berat’ terhadap pemimpin Hamas di Gaza.

BERITA BERKAITAN 26 korban terbaharu rakyat Palestin dalam serangan Israel

Dalam serangan Israel awal pagi tadi, tiga bangunan musnah dan sekurang-kurangnya 42 maut, kata pihak berkuasa kesihatan di Gaza.

Keganasan tentera Israel terhadap rakyat Palestine itu merupakan tindakan yang terburuk pernah berlaku sejak perang di Gaza meletus pada 2014.

Rumah kediaman pemimpin Gaza, Yehya al-Sinwar juga menjadi sasaran dalam serangan pagi tadi, menurut laporan media.

Sejak lapan hari lepas sekurang-kurangnya 192 penduduk, termasuk 58 kanak-kanak dan 34 wanita maut dalam serangan terbaharu di Tebing Gaza tersebut.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This