Malam Wartawan Malaysia 2021 ditangguh ke tarikh baharu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGANJURAN Malam Wartawan Malaysia 2021 (MWM 2021) yang sepatutnya dilangsungkan 18 Jun depan ditangguhkan ke tarikh baharu ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara yang diumumkan kerajaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya, tarikh baharu MWM 2021 telah ditetapkan pada 20 Ogos 2021.

Pada masa sama, Majlis Penyerahan Sumbangan MWM 2021 yang dijadualkan berlangsung 25 Mei ini juga ditangguhkan sehingga 8 Julai depan tertakluk kepada kebenaran kerajaan.

Walaupun PKP dijadualkan tamat pada 6 Jun, namun Chamil memaklumkan majlis berkenaan terpaksa ditangguhkan susulan peningkatan kes harian COVID-19.

Baca artikel berkaitan: Segera tubuh yayasan kebajikan media – MPI

“Dengan berat hati, saya ingin memaklumkan bahawa Malam Wartawan Malaysia 2021 terpaksa ditangguhkan kerana saya menjangkakan PKP yang akan berakhir pada 6 Jun ini akan dilanjutkan berikutan kenaikan kes harian COVID-19.

“Ini juga bagi menjamin keselamtan kesihatan para tetamu selain akur kepada pengumuman kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chamil turut memohon maaf dan menghargai kesabaran penyumbang serta rakan-rakan wartawan dalam memastikan majlis tersebut dapat dilaksanakan tahun ini.

Malam Wartawan Malaysia 2021 diadakan bertujuan untuk mengiktiraf karya-karya kewartawanan terbaik pengamal media tempatan sepanjang tahun 2020 menerusi Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI Petronas 2020.

Tahun lalu, MPI selaku penganjur mengikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dengan seramai 300 orang tetamu sahaja dibenarkan hadir ke Majlis Malam Wartawan Malaysia 2020 dengan mematuhi penjarakan fizikal.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This