ayob
DATUK Ayob Khan Mydin Pitchay memeriksa dadah yang dirampas dalam dua operasi berasingan ketika PKP. - Gambar FB Polis Johor

POLIS Johor berjaya membanteras sindiket penyeludupan dadah berikutan tertangkapnya empat lelaki dan seorang wanita dalam dua operasi berasingan di sekitar Muar, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dadah jenis syabu seberat 125 kilogram (kg) bernilai RM4.68 juta itu dipercayai akan diseludup ke Indonesia melalui jalan laut.

“Jumlah dadah untuk kedua-dua kes itu boleh digunakan untuk kegunaan 628,900 penagih,” kata Ayob Khan dalam sidang akhbar mengenai rampasan dadah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru hari ini. Sidang media itu disiarkan di Facebook Polis Johor.

BERITA BERKAITAN Dalam tempoh seminggu, 25,222 mohon rentas negeri, daerah – Ayob Khan

Katanya, kerajaan rampasan tersebut merupakan hasil kerjasama antara pasukan Marin Wilayah 2 dan Jabatan Narkotik IPK Johor

“Menurut siasatan, ini merupakan kali kedua sindiket itu akan membawa keluar dadah dari sini dan difahamkan mereka telah berjaya menyeludup ke negara jiran pada 2 Mei,” katanya.

Dalam kes terbaharu ini, rampasan pertama dadah dilakukan pada 12 Mei apabila polis berjaya menahan seorang lelaki Melayu berusia 36 tahun yang positif dadah.

Susulan itu, polis melakukan serbuan di tiga lokasi berasingan pada 13 dan 14 Mei dan berjaya menahan seorang wanita warga Indonesia, seorang lelako Cina dan Melayu warga tempatan yang mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Hasil serbuan, polis merampas 84 kg dadah jenis syabu bernilai RM3 juta dan menyuta dua kenderaan dan akaun bank milik suspek.

“Modus operandi mereka adalah menyimpan dadah yang dipercayai diperoleh dari utara, sebelum menyeludupnya ke negara jiran Indonesia melalui jalan laut,” tambahnya.

Dalam rampasan kedua pula, polis menahan sebuah kenderaan yang mencurigakan dalam satu sekatan jalan raya di kawasan Muar pada 14 Mei.

Katanya, pemeriksaan terhadap kenderaan dipandu seorang lelaki Cina tempatan berusian 40 tahun menjumpai dadah syabu yang disorok dalam tempatan simpanan khas dalam but kereta itu.

“Dadah seberat 41 kg bernilai RM1.5 juta itu juga dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” katanya sambil menambah lelaki ditahan juga positif dadah dan mempunyai lima rekod jenayah lampau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram