Tak tahu nak masak apa? Kali ini apa kata ubah selera dan cuba resipi spageti olio ayam yang sedap dan mudah ini. Memang sedap!
BAHAN:
150 gm spageti – rebus
60 gm isi ayam
2 ulas bawang putih – hiris halus
1 tangkai cili merah – hiris halus
3 tangkai cili padi – hiris halus
4 biji buah zaitun hitam – potong nipis
4 biji tomato ceri – potong kecil
1 sudu besar keju parmesan
2 sudu besar mentega
50 ml air
Serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun
CARA
1.Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan cili merah, cili api, buah zaitun hitam dan tomato ceri.
2.Masukkan pula ayam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
3.Selepas itu, masukkan spageti dan tambah sedikit air.
4.Masukkan mentega dan gaul sebati sehingga masak. Akhir sekali taburkan sedikit keju parmesan di atas dan sedia dihidang.


