Polis Israel serbu Masjid al-Aqsa, puluhan penduduk Palestin cedera ditembak, terhidu gas

Dari Penulis


BERPULUH-PULUH penduduk Palestin cedera apabila sepasukan polis pengganas Israel menyerbu perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis dan melepaskan gas pemedih mata serta peluru getah, petang ini.

Agensi berita Palestin, WAFA melaporkan, sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin cedera dalam kejadian selepas solat Jumaat itu.

Menurut saksi, insiden berlaku ketika kebanyakan jemaah berada di premis itu meraikan gencatan senjata antara Hamas dan pengganas Israel.

“Sekurang-kurangnya 15 jemaah cedera terkena peluru getah manakala sepenuhnya mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata atau dipukul oleh polis pengganas Zionis.

“Beberapa jemaah termasuk wanita dan kanak-kanak diserang secara fizikal oleh polis Israel ketika beberapa jemaah lain dipukul.

“Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” kata laporan itu.

Penduduk Palestin hari ini meraikan gencatan senjata yang dicapai antara Hamas dan Israel dengan menyifatkannya sebagai kemenangan kepada Palestin.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa penunjuk perasaan Palestin cedera akibat bertempur dengan tentera pengganas Zionis selepas membantah penempatan haram Yahudi di Kampung Beita, selatan Nablus di Tebing Barat yang dijajah rejim.

Menurut WAFA, ratusan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan di Jabal Subeih dekat Kampung Beita bagi membantah rancangan Israel membangunkan penempatan haram baharu Yahudi di kawasan itu.

Penunjuk perasaan diserang askar pengganas Zionis dan beberapa kecederaan dilaporkan.

Pada masa sama, askar pengganas Israel turut menyerang penunjuk perasaan Palestin di pintu masuk Bandar Nablus dengan beberapa kecederaan dilaporkan akibat terkena gas pemedih mata.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Noh Omar, Syed Hamid kembali bersama UMNO

DUA tokoh veteran UMNO, Tan Sri Noh Omar dan Tan Sri Syed Hamid Albar disahkan kembali menyertai parti tersebut. Perkara...

More Articles Like This