Urap jagung adalah makanan tradisional yang sangat mudah untuk disediakan. Rasanya sangat sedap dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom ikuti bahan dan cara menyediakan resipi menarik ini.
BAHAN
4 tongkol jagung
1 liter air
1 sudu kecil garam
½ biji kelapa parut – ambil putih sahaja
2 sudu kecil gula
2 helai daun pandan
CARA
- Hiriskan isi jagung dan rebus selama 15 minit. Angkat dan tuskan. Ketepikan.
- Kukus kelapa parut, garam dan daun pandan selama 15 minit. Angkat dan biarkan sejuk.
- Campurkan jagung, kelapa parut dan gula, gaul rata. Bolehlah dihidangkan.
PESAN SAJI : Untuk lebih enak, boleh campurkan sedikit gula Melaka.


