Sehari dua kali Izrail datang menjenguk. Kata Rasulullah, hanya orang cerdik yang akan selalu ingat perkara ini.

Dari Penulis

Takut mati adalah perasaan yang dialami oleh sebahagian besar manusia. Begitu juga keengganan untuk mati. Hal ini terjadi kerana Allah S.W.T. melengkapi setiap manusia itu dengan naluri ingin mempertahankan hidup.

Naluri mempertahankan hidup ini pada suatu sudutnya dilihat sesuatu yang positif. Dengan naluri mempertahankan hidup, seseorang yang sedang sakit akan segera mencari jalan untuk berubat.

Mengapa takut pada mati? Padahal semua yang hidup pasti akan merasakan mati. Ramai manusia menganggap kematian adalah sesuatu yang menakutkan. Namun keadaan sebenar kehidupan di alam barzakh hanya diketahui oleh Allah.

Melalui nas al-Quran dan hadis, manusia awal-awal lagi diberi peringatan agar bersedia menempuhinya dengan memperbanyakkan amalan kebajikan dan menjauhi kemungkaran agar terjamin keselamatannya kelak. 

Jadi usahlah takut kepada mati kerana ianya pasti akan dilalui walau di mana kita berada dan hanya masa menentukan segalanya

Mati adalah berpisahnya roh dengan jasad untuk sementara waktu yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Mati juga adalah bentuk seni yang sangat halus dan ghaib yang paling hampir dengan kita.

Dalam tidak disedari, sebenarnya kita sedang menunggunya yang entah bila akan kunjung tiba. Sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

Maut itu adalah perkara ghaib yang paling hampir yang sedang ditunggu”.

 Hakikat mati bukan bererti ketiadaan semata-mata atau kehancuran keseluruhan dan kehilangan sepenuhnya. Tetapi masih ada hubungannya selepas itu. Hanya roh terputus dengan jasad lahir dan batin.

Perpisahan ini merupakan pertukaran dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain. Allah S.W.T. juga berfirman dalam surah az-Zumar ayat 42,

 “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)”

Orang Cerdik

Kata Rasulullah, orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak ingat mati. Maknanya orang yang paling bodoh ialah yang langsung tidak fikir tentang mati. Firman Allah dalam surah al-Anbiya: 35,

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan.”

Ya, mati pasti datang! Dan kita akan dihidupkan kembali untuk dipersoalkan tentang apa-apa yang Allah amanahkan pada kita di dunia. Soalnya bilakah masanya kita akan mati?

Mati boleh datang bila-bila masa sahaja.

Mati boleh datang sedetik lagi! Jangan kita nafikan hal ini. Jangan kita remehkan hal ini, bahawa Allah cukup kuasa untuk mematikan kita sebentar lagi. Kalau kita tidak gentar dengan keperkasaan Allah ini, cuba doakan agar Allah tarik nyawa kita sekarang juga.

Jangan fikir Allah tidak buat. Allah boleh matikan seluruh manusia di dunia sekali gus sekelip mata. Begitu kuasa Allah. “Jadi!” Maka jadilah. Cuma Allah tidak berbuat begitu.

Dia benarkan lagi kita hidup untuk beberapa waktu lagi, agar sempat lagi kita hidup untuk beberapa waktu lagi, agar sempat lagi kita bertaubat dan menambah bakti dan mengabdikan diri pada Nya.

Ayuh sama–sama kita renung dan memperingati firman Allah S.W.T. dalam surah Ad Dzariat: 56,

Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku”.

Ini bermakna Allah S.W.T.  panjangkan lagi umur kita ini dengan tujuan memberi peluang kepada kita mencari jalan untuk menyembah Nya.

Sebab itulah setiap kali Allah S.W.T. bangunkan kita untuk hidup sehari lagi, dan sehari lagi, bersyukurlah sebanyak mungkin kerana Allah masih memberi peluang untuk kita mencari dan menambahkan lagi bekalan melalui perjalanan dan hidup di akhirat.

Dalam tidak kita sedari, sebenarnya Izrail sentiasa menjalankan tanggungjawabnya dan tidak pernah bercuti dari tugasnya untuk datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja untuk kembali ke hadrat Allah.

Malaikat Izrail akan menjenguk manusia sehari dua kali menunggu perintah Allah

Memang Izrail tiap-tiap hari menjenguk atau memandang kita sebanyak dua kali sehari. Dia lihat jika sudah tiba masanya untuk kita dibawa ke alam barzakh.

Mungkin hari ini kita masih tidak menyedari apa sebenarnya hikmah seseorang itu mengingati mati. Bagi mereka yang mengingati mati, percayalah kita akan takut dengan dosa, bahkan amal yang sia-sia pun tidak terbuat lagi.

Ingat mati benar-benar membantu kita untuk mengawal seseorang untuk lebih berhati-hati dan sentiasa meminta ampun daripada Allah dan juga orang-orang di sekelilingnya.

Malah tidak terfikir lagi hendak derhaka pada Allah dan hendak bersengit-sengit hati dengan kawan-kawan. Di samping itu, ingat mati akan tambah kekuatan untuk membangunkan amal kebaikan dan berkorban serta berjuang menegakkan agama Allah.

Kita tidak fikir panjang lagi untuk korban segala-galanya di jalan Allah. Tidak letih lagi berjuang untuk menegakkan hukum Allah.

Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah bahawa orang cerdik ialah orang yang banyak ingat mati yang mana, hasil ingat mati akan tercetuslah segala kebaikan dan hapuslah sikap jahat kita.

Bukannya bila ingat mati langsung tidak mahu keluar rumah. Hendak sembahyang saja. Wallahu a’lam

_____________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This