619 positif COVID-19, tujuh mukim di Pahang kena PKPD

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENINGKATAN ketara kes positif COVID-19 dalam tempoh 10 hari telah membuatkan tujuh mukim dalam daerah Kuantan, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKPD di ketujuh-tujuh mukim itu akan berkuat kuasa mulai Isnin ini sehingga 6 Jun depan.

Jelas beliau, tujuh mukim yang akan diletakkan di bawah PKPD adalah Beserah, Kuala Kuantan 1, Kuala Kuantan 2, Penor, Sungai Karang, Ulu Kuantan dan Ulu Lepar.

Sehingga kini, kata Ismail Sabri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan sebanyak 6,548 ujian saringan dengan 619 daripadanya didapati positif COVID-19.

Pada masa sama, beliau berkata, KKM turut mendapati kadar kebolehjangkitan tinggi di ketujuh-tujuh lokaliti berkenaan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di tujuh mukim dalam daerah Kuantan, Pahang.

“Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes dan mengenal pasti, melaksanakan pengasingan serta saringan bagi kontak rapat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Individu langgar SOP meningkat, PKPD tiga kampung Kelantan dilanjutkan

Sementara itu, Ismail Sabri turut memberitahu seramai 495 individu telah ditahan atas kesalahan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Daripada jumlah keseluruhan itu, jelas beliau, 476 telah dikompaun, 15 direman manakala empat lagi telah dijamin.

Antara kesalahan yang direkodkan termasuk 180 individu gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis, 111 tidak memakai pelitup muka dan 64 lagi tiada penjarakan fizikal.

Selain itu, sembilan individu telah ditahan kerana kesalahan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan 131 lagi atas lain-lain kesalahan.

“Sebanyak 3,824 pasukan Petugas Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 15,116 anggota telah melakukan 72,213 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP di seluruh negara semalam.

“Secara keseluruhan, sebanyak 4,154 pasaraya, restoran (5,021), kilang (2,092) bank (3,927), pejabat kerajaan (1,029), penjaja (2,252), pasar awam/tani (2,098), tempat ibadah (3,326) dan tempat riadah (1,841) telah diperiksa,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This