Neelofa selesai beri keterangan isu tak pakai pelitup muka di IPD Seremban

Dari Penulis

SELEBRITI Neelofa,32, hadir memberi keterangan di Ibu Pejabata Polis Daerah Seremban pada pagi tadi berhubung dakwaan tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor itu telah member kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang menjalankan siasatan.

“Alhamdulillah, proses berjalan dengan lancar. Tak banyak yang boleh saya ulas tentang isu ini memandangkan kes masih dalam siasatan.

“Insya-Allah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan. Terima kasih,” katanya.

Neelofa hadir ke IPD Seremban dengan ditemani suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz serta peguamnya pada pukul 10.15 pagi tadi.

Sebelum ini, pada 24 Mei lalu, pihak polis membuka kertas siasatan terhadap pengacara N to N atas alasan tidak memakai pelitup muka meskpun dia berniqab.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohd. Said Ibrahim berkata, kertas siasatan dibuka selepas berita mengenai isu tersebut tular di portal dan media sosial.

Neelofa dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka seperti yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, PU Riz mengaku tidak bersalah , Kes karpet Nilai 3 : Neelofa, PU Riz akan didakwa di mahkamah esok

Dia disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (AKta 574) dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This