Satu mukim di Perak, empat lokaliti di Johor & Sarawak kena PKPD

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

Kadar kebolehjangkitan atau nilai R-naught (Rt) yang tinggi telah membuatkan satu mukim dalam daerah Kerian, Perak bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.

Selain itu, empat lokaliti membabitkan satu di Johor dan tiga lagi di Sarawak turut diletakkan di bawah PKPD untuk tempoh sama mulai Khamis ini sehingga 9 Jun 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksaaan PKPD di Perak adalah melibatkan mukim Bagan Serai manakala Felda Redong 1, Segamat menjadi lokasi terbaharu PKPD di Johor.

Pada masa sama, tiga lokaliti di Sarawak yang terletak di Daro iaitu Rumah Panjang Isa Anak Blone, Rumah Panjang Ben Anak Kuleng dan Sekolah Kebangsaan Telok Gelam turut diletakkan di bawah PKPD.

Di mukim Bagan Serai, Ismail Sabri berkata, sebanyak 53 kes positif COVID-19 telah direkodkan di lokaliti berkenaan hasil daripada 144 ujian saringan dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga semalam.

Menurut beliau, KKM juga mendapati kes semasa bertaburan dalam mukim dan tidak tertumpu dalam satu lokaliti atau kawasan.

Baca artikel berkaitan: 132 kes dalam 24 hari, tiga lagi mukim di Pahang PKPD

“Kadar insiden juga telah meningkat daripada 42.5 pada minggu EPID 20 kepada 62.6 pada minggu EPID 21.

“Pelaksanaan PKPD ini dapat mengurangkan pergerakan penduduk dalam dan luar mukim serta pergerakan merentas ke negeri jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai PKPD di Felda Redong 1 pula, Ismail Sabri memaklumkan KKM telah melaksanakan 361 ujian saringan dan mendapati 67 daripadanya positif COVID-19.

“KKM juga mendapati kes telah menular ke seluruh lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan masih tinggi.

“Pelaksanaan PKPD ini memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes serta mengurangkan pergerakan penduduk ke luar dari lokaliti itu,” jelas beliau.

PKPD di Daro, Sarawak pula dilaksanakan selepas KKM melaporkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di ketiga-tiga lokaliti tersebut.

Kata beliau, sebanyak 12 kes positif telah direkodkan hasil saringan ke atas 153 orang di tiga lokaliti berkenaan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di ketiga-tiga lokaliti seperti dinyatakan bermula 27 Mei sehingga 9 Jun 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This