Wanita dah disuntik 2 dos vaksin cetus kluster baru di Sabah

Dari Penulis

ANDA sebenarnya tidaklah 100 peratus kebal dari jangkitan walaupun telah lengkap mengambil vaksin COVID-19 sehingga dua dos suntikan.

Sebab itu, anda dinasihatkan terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah.

Kerana tidak faham mengenai perkara tersebut, seorang wanita berumur 53 tahun yang telah lengkap menerima dua dos vaksin pada Mac lepas, dikesan menjadi kes indeks dalam kluster baharu di Sabah

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun berkata, Kluster Desa Ranggu di Tawau itu tercetus ketika perayaan Aidilfitri.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata, berdasarkan saringan kontak rapat serta kontak sosial mendapati, 17 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes.

“Wanita berkenaan mempunyai gejala sejak 15 Mei, kemudiannya disahkan positif di Klinik Kesihatan Tawau pada 20 Mei, hasil saringan bergejala.

“Berdasarkan siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada satu kontak sosial yang berhari raya ke rumahnya, pada 13 Mei.

BERITA BERKAITAN Lebih 2.6 juta dos vaksin Covid-19 sudah diagih

“Kontak sosial terbabit mempunyai rekod pergerakan ke tiga rumah di Taman Desa Ranggu serta rumah mertua di Kampung Jawa Tawau, sebelum dikesan positif pada 22 Mei. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Masidi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah semalam melaporkan sebanyak 217 kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif wabak berkenaan di negeri ini 61,274 kes, dengan terdapat satu kematian direkodkan di Kunak.

Masidi berkata terdapat peningkatan kes untuk 11 daerah di Sabah, namun catatan peningkatan kes bagi setiap daerah itu masih dalam satu angka, selain turut berlaku penurunan kes di sembilan daerah dalam julat satu angka, kecuali Tawau yang mencatatkan penurunan dalam julat dua angka.

Bernama.com melaporkan beliau berkata, tujuh daerah mencatatkan sifar kes iaitu Ranau, Tambunan, Nabawan, Kota Marudu, Beluran, Telupid dan Tongod.

“Keberkesanan penurunan kes dalam membendung penularan COVID-19 ini sangat bergantung kepada sejauh mana kesungguhan komuniti dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kendiri dan SOP yang ditetapkan kerajaan negeri,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This