Hanya bertahan 3 hari, bekalan darah kritikal di Kedah: Hospital mohon bantuan penduduk

Dari Penulis

BEKALAN darah untuk kegunaan hospital di Kedah berada pada tahap kritikal apabila stok semasa di pusat darah di negeri itu hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga hari sahaja lagi.

Bekalan darah berterusan diperlukan untuk kegunaan kes yang memerlukan transfusi darah seperti mangsa kemalangan jalan raya, ibu tumpah darah semasa bersalin, pesakit yang menjalani pembedahan utama dan pesakit kanser selain pesakit Talasemia yang memerlukan darah secara berterusan.

Ketua Perkhidmatan Transfusi Kedah, Dr Siti Nadiah Abdul Kadir berkata berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, berlaku penurunan drastik bekalan darah di negeri ini iaitu sehingga 50 peratus, sedangkan dalam masa sama keperluan darah terus meningkat.

Katanya Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Alor Setar (JPTHAS) yang bertindak sebagai pusat darah bagi Kedah dan Perlis secara purata memerlukan 150 beg darah setiap hari untuk menampung keperluan para pesakit.

“Jumlah ini masih diperlukan walaupun dalam tempoh pelaksanaan PKP ini. Sebelum PKP, ‘kutipan’ darah adalah antara 150 hingga 200 beg sehari, tetapi sekarang ini kutipan jatuh kepada 75 hingga 100 beg sehari,” katanya ketika dihubungi Bernama.

BERITA BERKAITAN Vaksin: Cadangan penderma darah diberi keutamaan dipertimbang

Katanya hospital-hospital di negeri ini masih mempunyai stok darah masing-masing yang dianggar mampu bertahan untuk tempoh tiga hingga lima hari, namun memerlukan bekalan darah oleh JPTHAS dari semasa ke semasa.

Dr Siti Nadiah berkata JPTHAS turut bertanggungjawab mengumpul, memproses serta menyaring bekalan darah bagi Perlis, dan penurunan kadar pengumpulan darah sehingga 50 peratus dilihat turut berlaku di negeri itu.

Beliau menjelaskan aktiviti pendermaan darah masih diteruskan walaupun negara berada dalam tempoh PKP dengan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara dan polis selain tertakluk kepada syarat-syarat asas pendermaan darah.

“Pihak kami akan terus melakukan kempen dan promosi besar-besaran bagi menggalakkan pendermaan darah selain bekerjasama dengan badan bukan kerajaan,” katanya yang menggesa orang ramai untuk mengunjungi mana-mana hospital bagi membantu mengatasi masalah ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penggunaan elektrik pusat data dijangka melonjak kepada 31 peratus menjelang 2035

PENGGUNAAN elektrik oleh sektor pusat data dijangka melonjak dengan ketara kepada 31 peratus atau bersamaan dengan 73,274 Gigawatt-hour (GWh)...

More Articles Like This