MOT sahkan pesawat Israel terbang di ruang udara Malaysia, namun patuhi peraturan ICAO

Dari Penulis


KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan pesawat awam Boeing milik Israel memasuki ruang udara negara ini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, jet Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) itu disahkan mengikut peraturan ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Selain itu kata MOT, tiada corak penerbangan tidak normal ketika pesawat berkenaan merentas ruang udara negara.

Malah jelas kenyataan itu, pihak berkuasa penerbangan Malaysia turut mengesahkan pesawat terbabit tidak kembali ke ruang udara Malaysia selepas tiba ke destinasinya iaitu Singapura.

“Pesawat Israel berkenaan berlepas dari Male, Maldives dan menuju ke Paya Lebar, Singapura pada Rabu, 19 Mei pukul 2.55 pagi.

“Jet itu juga disahkan melalui ruang udara Malaysia mengikut peraturan ditetapkan ICAO yang mana Malaysia adalah sebahagian daripada negara anggota,” kata MOT dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut MOT berkata, berdasarkan peraturan ICAO, Malaysia meluluskan mana-mana penerbangan melalui ruang udaranya selagi tidak mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Namun tegasnya, kelulusan penerbangan yang diberikan kepada pesawat milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) itu adalah dengan tidak membenarkannya mendarat atau berlegar-legar di ruang udara Malaysia.

Media sebelum ini melaporkan bahawa sebuah pesawat perisik milik Israel dikesan berlegar di ruang udara Malaysia kira-kira empat jam sebelum mendarat di sebuah pangkalan tentera udara di Singapura.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This