Kelonggaran bagi penerima Sinovac tunaikan haji – Khairy

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN akan mengadakan perbincangan dengan Arab Saudi bagi memohon kelonggaran supaya jemaah Malaysia yang telah pun memperoleh vaksin Sinovac dibenarkan menunaikan ibadah haji.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ada bakal jemaah haji yang mendaftar untuk program imunisasi dan diberikan vaksin jenis Sinovac.

Walau bagaimanapun, kata beliau, ia membabitkan hanya sebilangan kecil bakal jemaah.

“Kalau mereka dah disuntik Sinovac kita akan membincangkan perkara ini dengan kerajaan Arab Saudi supaya diberi kelonggaran kepada mereka.

“Untuk jemaah haji yang belum divaksinasi atau melalui Lembaga Tabung Haji, kita bagi Pfizer tetapi sebelum ini ada yang dah terlepas dan menerima Sinovac,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Baca artikel berkaitan: 1,500 PPV swasta akan mula beroperasi sebelum 30 Jun

Mengulas lanjut, Khairy turut memaklumkan telah meminta nasihat daripada jawatankuasa pakar sama ada boleh menyuntik vaksin jenis lain selepas menerima suntikan.

Ini kerana, kata Khairy, ada negara yang hanya mengiktiraf beberapa vaksin sahaja bagi pengembara yang ingin memasuki negara terbabit.

“Sebagai contoh, China hanya iktiraf Sinovac atau vaksin dari China sahaja, Kesatuan Eropah (EU) pula iktiraf Pfizer manakala Arab Saudi iktiraf Pfizer dan AstraZeneca.

“Jadi, kalau kita nak mengembara agak susah dan perlu menerima suntikan berlainan.

“Namun begitu, sama ada selamat atau tidak, kita belum tahu kerana saya masih belum menerima jawapan. Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan kemudian,” jelas beliau.

Mengenai persiapan di PPV MITEC, Khairy memberitahu PPV tersebut akan mula beroperasi esok dengan segala persiapan berjalan lancar dan rapi.

Katanya, PPV tersebut akan digunakan bagi memberi suntikan kepada warga ibu kota dengan kapasiti melebihi 2,000 dos.

Namun begitu, beliau berkata, pihaknya menyasarkan pemberian sebanyak lebih 6,000 dos menerusi pembukaan lebih banyak dewan di MITEC selepas ini.

“Saya juga ingin maklumkan bahawa saya telah mengadakan pertemuan yang baik dan produktif dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebentar tadi.

“Kami telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama rapat, berkongsi maklumat dan meningkatkan kadar suntikan di Selangor kerana negeri ini telah menjadi pusat penularan COVID-19 buat masa ini,” kata beliau lagi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This