Al-Fatihah: Tan Sri Harussani meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19

Dari Penulis

MUFTI Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi ( ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Perak

Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Jabatan Mufti Negeri Perak dalam satu hantaran di Facebook rasmi jabatan tersebut mengesahkan mengenai perkara tersebut.

“Al-Fatihah – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj Harussani Bin Hj. Zakaria – 1939-2021.
Salam takziah dari seluruh warga kerja Jabatan Mufti Negeri Perak,” kata satu poster di Facebook jabatan itu hari ini.

Tokok agama tersebut sebelum ini dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan COVID-19 bersama isteri beliau.

BERITA BERKAITAN Tan Sri Harussani dijangkiti COVID-19, dirawat di hospital Ipoh

Sebelum ini dilaporkan, Harussani, 82, dan isterinya, Puan Seri Ainon Abdul Ghani, sedang mendapatkan rawatan di HRPB, sebelum sambutan Aidilfitri berikutan jangkitan COVID-19.

Namun, isteri Allahyaham telah beransur pulih dan dibenarkan keluar dari hospital pada 21 Mei lepas.

Jenazah Allahyarham difahamkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Melayu Sg Rapat.

Allahyarham dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar dan meninggalkan isteri serta empat orang anak.

Allahyarham dilantik menjadi Mufti Perak sejak 1985 dan pernah mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah 2008 selain Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Islam yang membawa gelaran Doktor pada 2010.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This