MITI wujud pusat sehenti keluarkan surat kebenaran

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan kembali menjadi ‘tanggungjawab’ Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan memberitahu, keputusan itu dicapai dalam Sidang Khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Menurut MKN, Sidang Khas MKN berkenaan memutuskan supaya sebuah pusat sehenti yang diselaraskan MITI diwujudkan untuk mengeluarkan permit kebenaran beroperasi.

Katanya, ia adalah untuk sektor perkhidmatan perlu setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan.

Walau bagaimanapun, kata MKN, semua surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan MITI sebelum ini adalah terbatal mulai esok.

Baca artikel berkaitan: Tiada lagi surat MITI, kebenaran dikeluarkan kementerian berkaitan

“Sehubungan itu, permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan MITI.

“Ia melibatkan semua kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan beroperasi,” kata kenyataan itu hari ini.

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan semua surat kebenaran perjalanan untuk bekerja yag dikeluarkan MITI akan terbatal mulai esok sejajar dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Kata Ismail Sabri, permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan perlu dikemukakan kepada kementerian-kementerian berkaitan bagi sektor yang dibenarkan sahaja.

“Semua surat dikeluarkan MITI hanya berkuat kuasa sehingga esok, 31 Mei sahaja. Mulai 1 Jun, surat hanya dikeluarkan kementerian berkaitan,” katanya semalam.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This