PERJANJIAN Perdagangan Timbal Balik di antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berjalan lancar dengan beberapa isu sahaja untuk dimuktamadkan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi hantaran di Facebook berkata, perjanjian tersebut penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus terjamin.
“Alhamdulillah, baru selesai mesyuarat bersama delegasi AS yang diketuai Timbalan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Ambassador Rick Switzer di MITI.
“Perjanjian ini amat penting – ia bukan sahaja akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala kita, tetapi yang lebih utama, ia akan memberi keyakinan dan jaminan ekonomi kepada komuniti perniagaan dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya, hari ini.
Baca artikel lain: AMEM ke-43 mampu percepatkan proses peralihan tenaga di ASEAN
Sebelum ini, Tengku Zafrul berkata, Perjanjian Perdagangan Timbal Balik yang dijangka ditandatangani Malaysia dan AS sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 disifatkan sebagai perjanjian adil bagi kedua-dua pihak dengan mengambil kira kepentingan masing-masing.
Beliau berkata delegasi perundingan AS telah berada di Malaysia sejak Ahad lepas bagi memuktamadkan perjanjian berkenaan susulan persetujuan yang dicapai antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AS, Donald Trump untuk menandatangani perjanjian itu.
“Pada masa sama, kedua-dua negara telah mengemukakan kedudukan masing-masing dengan cara diplomatik dan sistematik untuk mencapai keberhasilan yang adil dan saksama untuk kedua-dua pihak.
“Kini, kita sedang memuktamadkan perjanjian ini supaya seimbang dan mengutamakan kepentingan rakyat dan syarikat tempatan kita,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

