MIROS diiktiraf sebagai badan pemeriksa bertauliah bagi pemeriksaan keselamatan jalan raya

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

INSTITUT Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menerima Sijil Akreditasi di bawah Skim Akreditasi Badan-Badan Pemeriksa Malaysia (MIBAS) daripada Jabatan Standard Malaysia (JSM) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Ketua Pengarah MIROS, Prof Madya Ir Ts Dr Siti Zaharah Ishak berkata, MIROS merupakan organisasi pertama di Malaysia yang diakreditasi di bawah skop Road Safety Inspection (RSI) mengikut standard antarabangsa MS ISO/IEC 17020:2012.

Katanya, akreditasi itu memperakui kecekapan, ketelusan dan kebolehpercayaan MIROS dalam melaksanakan pemeriksaan keselamatan jalan raya secara profesional dan bebas.

Jelas beliau, melalui akreditasi MIBAS, pemeriksaan jalan raya oleh MIROS dilaksanakan dengan mematuhi standard tempatan dan antarabangsa, memastikan hasil penilaian yang konsisten, berintegriti dan sahih dari sudut teknikalnya.

Menurutnya, sehingga kini, MIROS telah menjalankan pemeriksaan di lebih 250 lokasi di seluruh Malaysia.

“Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi dan profesionalisme pasukan teknikal MIROS dalam memastikan setiap penilaian dan pemeriksaan dijalankan secara telus, konsisten, serta berasaskan bukti.

“MIROS kini mampu memperkukuh keupayaan teknikal negara dalam menilai dan memperkasa aspek pembangunan keselamatan infrastruktur jalan raya seterusnya menyokong usaha kerajaan dalam mempertingkat tahap keselamatan jalan raya secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Kemalangan Plaza Tol: MIROS jalankan penilaian teknikal ke atas lori terlibat

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengiktirafan itu juga secara tidak langsung meningkatkan kredibiliti MIROS sebagai agensi penyelidikan keselamatan jalan raya negara.

Selain itu, katanya, ia juga merupakan langkah penting ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam bidang pemeriksaan dan penilaian keselamatan jalan raya berasaskan piawaian tempatan dan antarabangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This