Peruntukan tambahan mampu gandakan usaha KKM -Adham

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) merakam penghargaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan berikutan pengumuman insiatif dan peruntukan tambahan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) semalam.

Menterinya Datuk Seri Dr.Adham Baba berkata, pengumuman itu penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara dalam usaha kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat untuk melindungi nyawa dan kesihatan rakyat.

”KKM amat menghargai keprihatinan Perdana Menteri dan kerajaan yang memberikan peruntukan tambahan supaya KKM dapat menggandakan lagi usaha menerusi pendekatan whole of government,whole of society bagi menangani dan melandaikan keluk penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Dr.Adham berkata, usaha itu tidak boleh dicapai menerusi KKM semata-mata sebaliknya rakyat perlulah bekerjasam dengan cara mematuhi PKP dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan.

Ketika mengumumkan peruntukan tambahan kepada KKM itu, Perdana Menteri berkata sebanyak RM1 bilion diperuntukkan bagi meningkat kapasiti kesihatan awam.

Ia bagi melaksanakan inisiatif antaranya meningkatkan kapasiti katil dan peralatan perubatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi tujuan memperkukuhkan lagi perawatan Covid-19 di hospital KKM, hospital pengajar universiti awam seperti hospital pengajar Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi MARA serta hospital medan Angkatan Tentera Malaysia.

Berikutan lebih 65 hospital KKM telah dijadikan sebagai hospital bagi merawat kes Covid-19 peruntukan juga disediakan bagi tujuan melaksanakan aktiviti penyumberan luar perkhidmatan (outsourcing) kepada hospital swasta. Bagi maksud ini, peruntukan yang disediakan adalah berjumlah RM450 juta.

Selain itu kerajaan juga bersetuju memperuntukkan RM550juta bagi tujuan menampung keperluan perbelanjaan berkaitan Covid-19 yang melibatkan penambahan kos operasi dan pengurusan di pelbagai agensi seperti pembelian ubat, reagen dan konsumabel serta kos pengoperasian Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di MAEPS dan PKRC tambahan yang ditubuhkan di peringkat negeri.

Kerajaan turut bersetuju KKM melantik secara kontrak (contract of service) lebih 500 pegawai yang akan bersara pada tahun ini bagi menyokong perkhidmatan kesihatan.

Kelulusan yang diberikan termasuklah meneruskan perkhidmatan seramai 14,000 pegawai lantikan kontrak sedia ada hingga tahun 2022.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This