KES kematian tertinggi akibat COVID-19 sebelum ini adalah pada 29 Mei lalu dengan 98 korban.

Ketika itu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkannya satu detik hitam ditambah dengan kes harian melebihi 9,000 penularan pada hari berkenaan.

Hari ini, buat kali pertama kes korban akibat virus merbahaya itu melebihi 100.

Dan lebih mendukacitakan, angkanya sangat tinggi iaitu 126 kematian. Ini menjadikan kumulatif korban kini berjumlah 2,993.

Lebih mengkhuatirkan apabila bilangan inidvidu positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga meningkat saban hari.

Terkini hari ini, jumlah yang di ICU kini mencecah 878 kes dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan adalah 441 kes.

Pada masa sama, berdasar info yang dikongsikan Noor Hisham di media sosial beliau, jumlah kes baharu adalah sebanyak 5,777.

Jumlah itu sekali lagi lebih rendah berbanding kes baharu yang berjumlah 7,703 hari ini.

Ini menjadikan kes aktif COVID-19 kini meningkat kepada 82,274.

Sementara itu, Noor Hisham dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada 126 kes kematian, sebanyak 29 kes dilaporkan Selangor, 18 kes di Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, 12 kes di Kelantan, 11 kes di Johor dan 10 kes di Kedah.

“Lapan lagi kes di Labuan, masing-masing lima kes di Melaka dan Terengganu, empat kes di Sarawak, tiga kes di Pahang, masing-masing dua kes di Sabah, Putrajaya dan Perak, serta satu kes di Pulau Pinang,” katanya.

Berdasarkan kenyataan itu juga, kes kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan individu berusia 20-an hingga 90-an.

Selain itu, turut dilaporkan beberapa kes kematian yang jenazah dibawa ke hospital melibatkan pembagai peringkat umur.

Tambah Noor Hisham, terdapat 22 kluster baharu dilaporkan hari ini.

Katanya, ini menjadikan jumlah kluster aktif kini berjumlah 674.

Separuh daripada kluster baharu yang dilaporkan hari ini ialah kluster tempat kerja diikuti komuniti (tujuh) pendidikan (dua) dan masing-masing satu pusat tahanan serta keagamaan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram