Laporan kemalangan LRT dibawa ke Kabinet, Rabu depan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LAPORAN siasatan mengenai kemalangan yang membabitkan dua tren transit aliran ringan (LRT) di ibu negara, 24 Mei lalu akan dibawa dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, laporan itu juga akan mengemukakan cadangan-cadangan untuk meningkatkan keselamatan pengangkutan awam seterusnya mencegah kejadian serupa daripada berulang.

Menurut beliau, jawatankuasa siasatan yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak telah segera dibentuk sejurus selepas kejadian kemalangan LRT itu dan diberi masa 14 hari melengkapkan laporan dan membentangkan kepada Kabinet.

Beliau berkata, jawatankuasa siasatan itu terdiri daripada sembilan ahli mengumpulkan segala dokumen, data dan maklumat berkaitan aspek teknikal serta keselamatan melibatkan kemalangan dengan beberapa siri mesyuarat telah diadakan.

“Tujuan penyiasatan menjurus kepada mengenal pasti hal keadaan dan punca sebenar pelanggaran tren 40 dan tren 81 diantara Stesen KLCC dan Kampung Baru (arah selatan).

“Penyiasatan yang dijalankan ini tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 6 mangsa kemalangan LRT terima RM3,000, bantuan Perkeso

Mengulas lanjut, Ka Siong memaklumkan jawatankuasa siasatan turut melaksanakan beberapa perkara termasuk menyemak prosedur operasi standard (SOP), manual operasi, ‘rule book’ dan dokumen-dokumen panduan operasi yang berkaitan.

Kata beliau, data yang dikumpul daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), temu siasat bersama pihak berkaitan serta perbincangan teknikal lain termasuk bersama pembekal teknologi turut terangkum dalam laporan tersebut.

Beliau memberitahu, satu lawatan juga telah diadakan ke pusat kawalan operasi (OCC) LRT Kelana Jaya, kelmarin diikuti sesi simulasi kemalangan di tempat kejadian oleh Prasarana Malaysia Berhad bagi mendapatkan gambaran kejadian dengan lebih jelas.

“Kerajaan akan terus mencari jalan penyelesaian dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna pengangkutan awam yang sentiasa menjadi keutamaan,” jelas beliau.

Seramai 64 penumpang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan enam daripadanya kritikal apabila dua tren LRT bertembung di antara stesen Kampung Baru dan KLCC kira-kira pukul 8.33 malam, 24 Mei lalu.

Prasarana turut mengumumkan kesemua mangsa diberikan RM1,000 setiap seorang serta bantuan kewangan untuk rawatan susulan bersesuaian dengan kecederaan yang ditanggung.

Selain itu, bantuan sara hidup juga disediakan kepada mangsa yang kehilangan pendapatan akibat daripada kemalangan itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This