KADAR pemberian harian vaksin negara mencecah 105,655 dos semalam melibatkan 95,844 suntikan pertama dan 9,811 dos kedua.
Secara keseluruhan, sebanyak 3.21 juta dos vaksin telah pun diberikan setakat semalam sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula penghujung Februari lalu.
Pemberian yang dicatatkan itu merangkumi 2.098 juta juta individu yang telah pun menerima suntikan pertama imunisasi COVID-19 berkenaan.
Pada masa sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, 1.11 juta individu lagi telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin setakat semalam.
Bagi dua dos vaksin, beliau berkata, penerima terbanyak masih kekal di Selangor iaitu melibatkan seramai 145,539 individu.
Dr. Adham memaklumkan, ia diikuti 111,322 individu di Sarawak; 105,298 di Perak; 101,221 di Kuala Lumpur dan 97,974 individu di Johor.
Baca artikel berkaitan: Lebih tiga juta dos vaksin diberi, hampir 100,000 semalam
Tingkatkan 300,000 dos vaksin sehari, gesa 22 badan pemikir

Katanya, Sabah menjadi penerima keenam tertinggi bagi dua dos vaksin iaitu sebanyak 88,388 seterusnya Pahang (79,837); Pulau Pinang (73,536) dan Kedah (70,209).
“Di Negeri Sembilan pula sebanyak 56,202 dos kedua pemberian vaksin telah diagihkan diikuti 55,174 di Kelantan; 50,040 di Terengganu dan 36,434 di Melaka.
“Sebanyak 19,084 dos kedua vaksin telah diberikan di Perlis dan masing-masing sebanyak 12,403 dan 12,023 di Putrajaya serta Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.
Mengulas lanjut, Dr. Adham berkata, Kuala Lumpur menjadi negeri penerima dos pertama vaksin COVID-19 tertinggi iaitu seramai 355,966 individu.
Beliau memaklumkan ia diikuti seramai 302,031 di Selangor; 195,988 di Johor; 195,333 di Sarawak dan 168,729 di Perak.
“Bagi jumlah pendaftaran harian PICK pula telah mencecah 12.58 juta setakat semalam atau 51.90 peratus daripada populasi.
“Selangor masih negeri tertinggi yang mendaftar iaitu seramai 3.34 juta diikuti Johor (1.56 juta), Sarawak (1.25 juta) dan Kuala Lumpur (1.04 juta),” jelas beliau.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

