Tingkatkan 300,000 dos vaksin sehari, gesa 22 badan pemikir

Dari Penulis

WALAU PUN mengalu-alukan langkah kerajaan meningkatkan pemberian vaksin COVID-19 mulai bulan ini, namun pada masa sama jumlah tersebut perlu terus ditingkatkan sehingga 300,000 dos sehari berbanding 150,000 yang disasarkan.

Dalam satu kenyataan bersama, 22 pertubuhan pemikir mahu kerajaan memanfaatkan segala sumber bagi mempercepatkan pemberian vaksin dengan bukan hanya menumpukan menerusi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega sahaja.

Kata kenyataan itu, lebih ramai rakyat di seluruh pelosok Malaysia perlu diberi vaksin dan ini harus meliputi mereka yang tidak mempunyai dokumen sah.

“Kami juga menentang sebarang bentuk kronisme dalam pemilihan syarikat yang terlibat dalam pemberian vaksin.

“Pengambilan untung berlebihan daripada program vaksinasi yang melibatkan dana awam adalah tidak dialukan,” kata 22 pertubuhan itu.

Antara terlibat dalam mengeluarkan kenyataan bersama itu adalah Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Bait Al-Amanah, CARI ASEAN Research and Advocacy, Center for Market Education (CME), Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) serta Pusat Pengajian Polisi Awam (CPPS).

Baca artikl berkaitan: Sifar kes kematian, vaksinasi walk in di stadium, perkembangan di UK jadi perhatian

126 kematian!! 878 di ICU, kes aktif kini lebih 82,000

Sementara itu, kenyataan tersebut turut merujuk soal ketidakhadiran temu janji pemberian vaksin yang mana bagi mereka, satu sistem senarai menunggu harus diwujudkan.

Ini kata mereka, supaya individu lain dapat dipanggil dalam masa singkat tanpa melompat barisan ketika mana individu asal tidak menghadiri janji temu.

“Pemakluman mengenai vaksin juga harus merangkumi pelbagai platform, tidak boleh hanya menerusi aplikasi MySejahtera sahaja,” kata kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: Bawa vaksin kepada rakyat, unit bergerak mulakan suntikan di Padang Terap

Selain itu, 22 pertubuhan tersebut juga mahu langkah sekatan pergerakan hanya berkesan jika disertakan strategi sosial dan ekonomi menyeluruh, dengan peningkatan perbelanjaan kerajaan perlu disekalikan dengan satu perancangan fiskal jangka panjang.

Katanya, PKP 3.0 yang dilaksana ketika ini harus dilakukan bersama ujian besar-besaran secara kerap di seluruh negara, serta sistem pengesanan kontak yang sistematik.

Kebelakangan ini, pemberian vaksin COVID-19 mencapai angka 100,000 sehari dan jumlah itu akan ditingkatkan kepada 150,000.

Biar pun begitu, gesaan pelbagai pihak terus disuarakan yang mahu jumlah tersebut ditingkatkan termasuk melihat semua keperluan melengkapkan dua dos memberi sebanyak mungkin suatu dos terlebih dahulu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This