Pesta Angin Timur Perlis (PAT) 2021 julung kali diadakan secara maya

Dari Penulis

SAMBUTAN Pesta Angin Timur Perlis (PAT) dianjurkan saban tahun dan menjadi salah satu acara yang dicanangkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC).

Pesta yang dipenuhi dengan berbagai aktiviti ini bukan saja popular di kalangan penduduk setempat, bahkan turut menggamit pelancong dari luar.

Namun, ekoran situasi pandemik Covid-19, penganjuran sambutan pesta itu yang memasuki edisi ke-9 tahun ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Buat pertama kalinya, PAT 2021 akan dilaksanakan secara atas talian yang dijenamakan sebagai PAT2021@Online.

Program ini akan disiarkan secara maya pada 4 hingga 5 Jun 2021 melalui saluran digital JKNN, iaitu laman Facebook JKKN TV. Semua kandungan dalam program maya selama dua hari ini telah dirakam terlebih dahulu dengan pematuhan SOP yang ketat.

Pelancaran program ini akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Nancy Shukri Bersama Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man pada 4 Jun 2021. Pesta Angin Timur 2021@Online kali ini bertemakan ‘Mai Pakat Mai…. Pakat Jengok Ramai-Ramai!!’.

Sepanjang dua hari penganjurannya, PAT 2021 secara maya ini menyajikan pelbagai persembahan kesenian dan kebudayaan Perlis. Antaranya seperti persembahan lagu-lagu rakyat Perlis, terinai, tarian canggung, gendang silat, gendang Siam, gendang 24 musim, pembuatan wau dan Awang Batil.

Selain persembahan kebudayaan dan artis jemputan seperti Khai Bahar, turut disiarkan demonstrasi membuat makanan tradisi Perlis, Wau Helang dan menanam Harumanis. Turut diselitkan segmen ‘Jualan Produk’ untuk mempromosikan produk usahawan negeri Perlis yang akan dijual secara dalam talian. Program maya ini turut dilengkapi dengan ceramah agama dan tazkirah rohani.

Matlamat penganjuran pesta ini tidak lari daripada mempromosikan kebudayaan tempatan dan produk pelancongan negeri Perlis kepada masyarakat luar. Walaupun secara maya, dijangka program ini mampu menarik sehingga 50,000 penonton untuk menyaksikan PAT2021@Online.

Salah satu aktiviti sewaktu sambutan PAT pada tahun 2019.

Sambutan PAT asalnya tercetus daripada peredaran cuaca dingin yang dikenali sebagai angin timur oleh masyarakat sebelah utara tanah air kepada cuaca panas.

Sambutan pesta ini sudah dilakukan sejak dahulu oleh masyarakat setempat bagi mengumpul semangat baharu selepas padi selesai dituai sebelum memulakan aktiviti menanam padi baru.

Asalnya dahulu, ia adalah pesta masyarakat kampung yang diisi dengan pelbagai pertandingan dan aktiviti sukan rakyat yang diadakan di kawasan sawah padi.

Keunikan pesta ini telah diangkat oleh JKKN menjadi aktiviti tahunan rasmi yang turut memberi manfaat kepada ekonomi rakyat setempat menerusi kehadiran pelancong yang tertarik dengan pelbagai aktiviti yang menonjolkan seni dan kebudayaan rakyat tempatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This