Kematian naik semula cecah 109 kes, paling muda 27 tahun

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS menurun kepada 86 kes semalam, angka kematian akibat COVID-19 hari ini meningkat kembali melebihi 100 kes.

Sebanyak 109 korban dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah tersebut adalah kedua tertinggi sejak pandemik berkenaan dikesan di Malaysia.

Sebagai rekod, kematian harian tertinggi yang pernah direkodkan adalah pada Rabu lalu apabila sebanyak 126 meninggal dunia akibat COVID-19.

Angka itu kemudian turun kepada 103, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kematian yang direkodkan hari ini sekali gus menjadikan kumulatif korban adalah sebanyak 3,291 kes.

Menurut Dr. Noor Hisham, kadar kematian dicatatkan hari ini melibatkan 105 warganegara manakala empat lagi bukan rakyat Malaysia.

Kata beliau, sebanyak 33 kes dilaporkan di Selangor, 22 di Johor, 12 di Kuala Lumpur dan sembilan di Negeri Sembilan.

Baca artikel berkaitan: 86 lagi kematian, korban termuda 26 tahun, 883 pula di ICU

“Enam kes kematian telah dilaporkan di Kelantan, masing-masing lima kes di Kedah dan Melaka serta empat kes di Perak.

“Sebanyak tiga kematian direkodkan di Labuan, masing-masing dua kes di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Pahang serta masing-masing satu kes di Terengganu dan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham turut memaklumkan korban termuda hari ini melibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi serta obesiti.

Kematian tertua pula melibatkan seorang wanita berusia 98 tahun di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan dislipidemia.

Sebanyak sembilan kes yang direkodkan hari ini dibawa ke hospital atau Brought in Dead (BID) termasuk seorang lelaki cerebral palsy berusia 35 tahun.

Selain itu, daripada keseluruhan 109 kematian, 16 individu yang meninggal dunia akibat COVID-19 dikesan tidak mempunyai latar belakang penyakit.

Dr. Noor Hisham berkata, 6,105 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 521,676 kes.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) juga masih tinggi iaitu sebanyak 886 dengan 446 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This