pedofilia kanak-kanak
Allan Spratt kini sudah menjalani hukuman penjara dua tahun lima bulan. Gambar: Agensi

PELIK pula bila orang lakukan jenayah tanpa didorong mana-mana pihak meluahkan tanda terima kasih dan bersyukur kerana berjaya menghalang dirinya daripada terus melakukan perbuatan jahat itu.

Ini yang berlaku kepada seorang pesalah pedofilia Allan Spratt, 46, selepas ditahan pihak berkuasa kerana ia telah berjaya menghalang dirinya daripada terus melakukan jenayah dan mencari mangsa seterusnya, lapor portal Star Daily.

Spratt kini dipenjara atas kesalahannya selepas ditahan pihak berkuasa dalam satu serbuan di rumahnya pada Disember lalu ketika dia sedang memuat tururn gambar lucah kanak-kanak yang merupakan mangsanya.

Mangsa terakhirnya merupakan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang berjaya diperdaya dengan menyamar dirinya berusia 13 tahun dan menyakinkan mangsa bahawa dia adalah kekasihnya.

Ketika berkongsi gambar, Spratt berbohong dengan memberi alasan dia menghidapi sejenis penyakit yang jarang berlaku menyebabkan dirinya kelihatan lebih tua daripada usianya.

Baca artikel berkaitan: Menentang hukum belah durian, lelaki ini ‘diserang’ netizen Malaysia

Spratt kemudian berjaya memujuk sebelum bertindak mengajak kanak-kanak itu bertemu di sebuah hotel lalu merogol mangsa.

Setelah mengaku kepada salah seorang ahli keluarga, serta mengaku bersalah di Crown Court Canterbury, United Kingdom, Spratt telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun.

Pendakwa raya, Robbin Griffith mengatakan bahawa Spratt berada di ambang untuk membahayakan kanak-kanak lain ketika polis menyerbu rumahnya.

“Dalam satu temu bual, Spratt mengaku bahawa dirinya bersyukur ditahan polis kerana beliau begitu hampir untuk melakukan jenayah seksual ke atas kanak-kanak seterusnya,” ujar Griffith. Serbuan yang dilakukan di kediamannya di Deal, Kent, polis menjumpai sebanyak 35 keping gambar serta video kanak-kanak yang merupakan mangsanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram