Tak kemas kini MySejahtera tak salah, batalkan kompaun

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEJAK beberapa hari lalu, timbul kekeliruan dan salah faham penggunaan aplikasi Mysejahtera hingga ada anggota penguatkuasa mengeluarkan kompaun kepada mereka yang gagal mengemas kini aplikasi tersebut.

Namun begitu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera bukanlah satu kesalahan sehingga perlu dikompaun.

Hal ini kerana, kata beliau, berdasarkan keapda Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit -COVID-19 Malaysia, ia tidak terkandung sebagai satu kesalahan untuk dikenakan kompaun oleh mana-mana penguatkuasa.

Sehubungan itu, Ismail Sabri turut berharap dan menyarankan supaya mana-mana kompaun yang telah dikeluarkan atas kesalahan berkenaan perlu dibatalkan.

Pada masa sama, beliau berkata, pegawai penguat kuasa juga disarankan supaya tidak salah dalam membuat sebarang tafsiran berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan kerajaan.

“Hal ini juga termasuk kesalahan yang melanggar SOP melibatkan syarikat atau kilang beroperasi melebihi masa ditetapkan. Jika ia berlaku, maka tindakan penguatkuasaan perlulah dibuat kepada majikan atau syarikat yang memaksa pekerja melakukan tugas lebih dari masa yang ditetapkan.

Baca artikel berkaitan: Lebih 1,200 ingkar SOP, 29 kilang diarah tutup – Ismail Sabri

“Kesalahan bukan dilakukan oleh pekerja kerana mereka terpaksa akur kepada arahan majikan maka tindakan kompaun boleh dikeluarkan kepada pihak syarikat, kilang atau majikan yang memberikan arahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut menegaskan kompaun juga patut diberikan kepada majikan yang masih menetapkan pekerja bertugas di tempat kerja atau datang ke pejabat biar pun ada arahan untuk melaksanakannya di rumah.

Namun begitu, beliau memaklumkan, walaupun tidak menjadi kesalahan di bawah Akta 342 jika tidak mengemaskini MySejahtera, sebagai warga yang mahukan COVID-19 terputus, orang ramai perlu mempunyai rasa tanggungjawab terhadap aplikasi berkenaan.

Katanya, MySejahtera merupakan aplikasi dibangunkan kerajaan untuk membantu dalam pengawasan penularan COVID-19 dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

“Sebagai rakyat, kita bukan hanya perlu jujur dalam memberikan maklumat berkaitan diri kita tetapi juga memegang amanah untuk memastikan setiap maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar termasuk sekiranya mendapat simptom atau mempunyai kaitan dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

“Segala salah faham dan kekeliruan yang timbul sebelum ini dapat ditambah baik dan saya juga mohon pemahaman daripada semua pihak agar kita sama-sama berusaha untuk mengekang penularan COVID-19,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This