Tidur dengan contact lens? A BIG NO!

0
31
contact lens

Penggunaan contact lens atau kanta lekap ketika ini sangat meluas. Bukan sahaja dalam dunia fesyen malah boleh dikatakan ramai golongan wanita dan lelaki menggunakannya untuk tampil lebih menarik. Maka pelbagai rekaan, warna dan harga contact lens yang lebih murah dan mudah didapati muncul di pasaran.

Terlelap atau tertidur dengan contact lens yang masih melekat di dalam mata bukan perkara baharu. Malah akhir-akhir ini kerap kita dengar dan lihat kes atau insiden mata menjadi rosak dan buta akibat pemakaian contact lens yang tidak betul.

Jika anda rasa ia perkara biasa ataupun perkara kecil, sila fikirkan semula kerana anda sebenarnya tidak tahu betapa ia boleh mengubah hidup anda selama-lamanya. Tapi bagaimana contact lens ini boleh merosakkan mata? Ikuti penjelasan ini.

Putuskan bekalan oksigen

Sebagai satu-satunya tisu badan yang bersifat transparent, udara adalah satu-satunya sumber oksigen bagi kornea. Ini bermakna apabila anda meletakkan contact lens ke dalam mata, bekalan oksigen yang diterim kornea akan berkurangan apatah lagi apabila anda tidur.

Jadi apabila kedua-duanya digabungkan (tidur bersama contact lens) bekalan oksigen akan berkurangan secara kritikal kerana ia mencipta tembok antara oksigen dan kornea seperti mana menurut pakar bedah mata – Kerry Assil.

Sama seperti contact lens yang memerlukan cecair atau kelembapan, mata terutamanya kornea memerlukan oksigen mencukupi. Malah sesetengah lens yang direka khusus untuk pemakaian jangka masa panjang membenarkan oksigen sampai ke kornea.

Namun cukupkah oksigen yang sampai ke kornea itu? Jika tidak, ia bukan sahaja membahayakan mata, malah pemakai akan mengalami hypoxia (kekurangan atau kehilangan oksigen di bahagian tertentu badan).

Menyebabkan infeksi

Kekurangan oksigen juga boleh menyebabkan bakteria menembusi bahagia mata dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Oleh kerana mata tidak mempunyai sistem imun atau perlindungan sama seperti organ lain, ianya berisiko untuk menjadi lebih teruk dengan sangat pantas.

Situasi ini memudahkan bakteria menembusi kornea kerana ketika tidur mata tidak berupaya menyingkirkan bakteria secara semulajadi kerana mata tidak berkelip. Jika anda dapati mata ada kesan darah, pandangan mula kabur atau rasa pedih ketika memandang lampu seperti memandang matahari, besar kemungkinan mata anda sudah dijangkiti kuman dan perlu segera berjumpa doktor.

Pada tahap ini biasanya doktor akan menasihati agar tidak memakai contact lens dan mata akan kembali pulih seperti sedia kala secara semulajadi. Jika sebaliknya, ia mungkin perlu dirawat dengan ubat tertentu.