Presiden Perancis ditampar lelaki berbaju hijau

Dari Penulis


PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron ditampar di bahagian muka semasa mengadakan lawatan kerja ke sebuah bandar di tenggara negara ini, semalam.

Berdasarkan video yang tular, Macron dirakam berjalan kaki untuk mendekati orang ramai yang berdiri di sebalik penghadang dalam kejadian di bandar Tain-I’hermitage.

Emmanuel Macron

Bagaimanapun, seorang lelaki memakai baju hijau secara tiba-tiba menampar Macron memaksa polis masuk campur dan menarik keluar Presiden.

Menurut media Perancis, dua individu ditahan berikutan serangan itu.

Macron sebagaimana lapor BBC mendakwa insiden itu sebagai ‘ perkara terpencil’.

“Kita tidak boleh membiarkan orang ganas mengambil alih perdebatan umum, mereka tidak layak,” katanya.

Dalam video itu, Macron dirakam kembali semula menghampiri penghadang dan sekali lagi berinteraksi dengan orang ramai.

“Saya teruskan dan akan teruskan, tiada siapa akan menghentikan saya,” katanya.

Ketika identiti dan motif serangan lelaki itu masih tidak jelas, polis masih menjalankan soal siasat terhadap lelaki berkenaan dan seorang lagi yang merakam insiden tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan lelaki ceroboh kawasan rumah di Taman Puchong Prima

POLIS sedang mengesan dan mengenal pasti seorang lelaki tidak dikenali yang disyaki telah menceroboh kawasan belakang sebuah rumah di...

More Articles Like This