REKOD pemberian dos vaksin COVID-19 harian tertinggi sebelum ini dilaporkan pada 8 Jun lalu dengan 151,309 suntikan.
Semalam, rekod tersebut berjaya diatasi apabila pemberian dos vaksin harian mencecah angka 157,949.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), daripada jumlah itu, 111,130 adalah penerima dos pertama.

Bakinya iaitu 46,819 lagi melibatkan pemberian dos kedua.
Memetik media sosial JKJAV, perkembangan ini menyaksikan jumlah pemberian dos vaksin secara keseluruhan kini berjumlah 4.102 juta.
Sebanyak 2.83 juta adalah dos pertama manakala 1.26 juta lagi dos kedua.
“Pemberian dos pertama yang tertinggi adalah di Kuala Lumpur melibatkan 483,363 disusuli Selangor, 418,048.
“Sarawak pula melaporkan 267,248 pemberian dos pertama, Johor (265,985), Perak (222,073) dan Sabah (213,852,” kata hantaran itu.

Bagi pemberian dos kedua, tertinggi dicatatkan di Selangor dengan 165,516 dan diikuti, Sarawak dengan 130,641.
“Kuala Lumpur pula 118,255, Johor (117,725), Perak (115,298), Sabah (102,699) dan Pahang (86,003),” kata JKJAV.
Baca artikel berkaitan: Pertambahan di Lembah Klang, dos harian akan meningkat 200,000 – KJ
Lebih 300,000 individu sehari akan terima vaksin mulai Ogos
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, program tersebut kini bergerak menuju kepada angka 200,000 sehari selepas berjaya melepasi sasaran 150,000 buat kali pertama kelmarin.
Menerusi Twitternya, Khairy berkata, PICK perlu konsisten melepasi angka 150,000 dan dengan pertambahan kapasiti di Lembah Klang, pemberian dos harian akan ditingkatkan kepada 200,000 dos sehari.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

