Seorang ketua balai polis berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun ditahan dalam serbuan itu.

GEMPAR di media sosial apabila tular video perbuatan berunsur seksual terhadap kanak-kanak oleh seorang usahawan dikenali baru-baru ini.

Malah beberapa individu juga tampil membuat laporan polis berhubung video berkenaan yang turut melibatkan seorang lagi pemilik akaun Instagram.

Susulan itu, pemilik akaun Instagram ‘safieyillias94’ yang terlibat dalam video itu ditahan semalam.

Ini berhubung dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya akan memohon reman terhadap individu terbabit pagi ini.

“Beri masa kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Perbuatan itu dikatakan berlaku ketika pemilik akaun Instagram berkenaan mengadakan sesi perbualan dan sidang video secara langsung disertai pengguna Instagram bernama ‘pipinatasha’ dan dua kanak-kanak bawah umur.

Baca artikel berkaitan: 2 wanita dicari polis, menari lucah serta ajar kanak-kanak hisap vape di IG

Pengguna Instagram ‘pipinatasha’ juga didakwa berpakaian seksi selain bersama ‘safieyillias94’ menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1)Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sementara itu, Bernama melaporkan, usahawan itu dan rakannya direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret mengeluarkan perintah itu ke atas dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu bermula hari ini sehingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 dan 15a Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2018.

Dalam prosiding reman itu, kedua-dua suspek diwakili peguam Nursyafiqah Zamani.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram