Penyerang muda Perancis, Kylian Mbappe mengakui dia “terkesan” dengan komen terbuka Olivier Giroud yang dianggap sebagai satu kritikan, tetapi menegaskan tidak mahu perkara itu mengganggu fokus Perancis pada saingan Euro 2020.

Penyerang muda Perancis, Kylian Mbappe mengakui dia ‘terkesan’ dengan komen terbuka Olivier Giroud yang dianggap sebagai satu kritikan, namun dia menegaskan tidak mahu perkara itu mengganggu fokus Perancis pada saingan Euro 2020.

Ketegangan tercetus antara kedua pemain itu selepas Giroud dengan terbuka mengkritik Mbappe, menuduh pemain itu bersikap tamak dan tidak mahu menghantar bola kepadanya.

Luahan panas Giroud itu dilakukannya secara terbuka selepas tamat aksi pemanas badan berdepan dengan Bulgaria yang menyaksikan dia meledak dua gol untuk membantu Les Bleus menang 3-0.

Sejurus itu, Mbappe mengadakan sidang media untuk menjelaskan keadaan.

“Saya agak terkesan dengan perkara itu, tetapi tidak mahu besarkan lagi isu itu.

“Kami di sini mewakili Perancis dan pasukan kebangsaan adalah perkara paling penting. Ini pertandingan yang besar dan perkara remeh sebegini tidak akan mengganggu persiapan kami,” kata Mbappe.

Baca artikel berkenaan: Euro 2020: Dunia bola sepak bersamamu Christian Eriksen

Walaubagaimanapun, Kylian Mbappe menyatakan bahawa perkara itu sudah diselesaikan dan mahu persiapan kem perancis terganggu.

“Apa yang dikatakannya tidak mengganggu saya lebih daripada itu. Saya juga seorang penyerang dan saya juga berasakannya sebanyak 365 kali dalam satu perlawanan.

“Saya mengucapkan tahniah kepadanya dalam bilik persalinan, dia tidak berkata apa-apa kepada saya dan kemudian saya mendengarnya daripada pihak media. Dia bukanlah bercakap sesuatu yang buruk. Ia lebih kepada dia meluahkannya kepada umum. Saya lebih selesa jika dia datang kepada saya dan bersikap lebih terbuka dalam bilik persalinan,” tambahnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram