Euro 2020: Southgate lega Sterling tamatkan badi England

Dari Penulis

TAHUKAH anda? England tidak pernah memenangi perlawanan pembukaan kejohanan Euro sejak mula diperkenalkan pada tahun 1958.

Kekalahan setiap perlawanan pertama kejohanan Euro ibarat badi yang telah lama menghantui skuad ’The Three Lions’ itu.

Namun perlawanan pada malam tadi berjaya menamatkan badi tersebut selepas penyerang Manchester City, Raheem Sterling menjaringkan gol tunggal menewaskan Croatia 1-0 di Wembley.

Sterling menjaringkan gol hasil daripada hantaran Kalvin Phillips pada minit ke-57 menewaskan penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic.

Ketua Jurulatih England, Gareth Southgate meluahkan rasa lega selepas berjaya menamatkan badi England itu.

“Anda boleh menjangkakan sekiranya gagal meraih kemenangan perlawanan pertama ini, tekanan pasti melonjak.

“Kami mempunyai baki dua perlawanan yang sukar dalam kumpulan ini dan kami berjaya memulakan dengan langkah kanan.

“Saya berpuas hati dengan prestasi pasukan. Semestinya kemenangan adalah keutamaan kami. Kami berjaya mengawal posisi dan menyukarkan pihak lawan (Croatia) untuk mendapat bola. Walaupun cuaca agak panas, namun pemain dapat menyesuaikan diri dengan cepat,” katanya kepada BBC Sport.

Baca artikel berkaitan: Euro 2020: Dunia bola sepak bersamamu Christian Eriksen

Dalam pada itu, dia turut meraikan jaringan Sterling selepas gagal menemui sasaran dalam 12 perlawanan terakhir kejohanan utama bersama England.

“Saya amat gembira buat Raheem. Dia seperti terkena badi dalam kejohanan seperti ini dengan tidak dapat menjaringkan gol.

“Saya fikir dia amat berbahaya sepanjang perlawanan ini.

“Dia seorang pemain yang bagus dan rekod jaringannya menunjukkan betapa kami perlu ada kepercayaan terhadapnya, terutama sepanjang beberapa tahun ini.

“Saya fikir dia amat bermotivasi untuk membuktikan perkara itu,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This