Cara masak nasi minyak yang cepat dan mudah

Dari Penulis

Ramai yang rindukan nasi minyak kan? Maklumlah sudah lama tidak boleh berkunjung ke majlis kenduri. Namun jangan risau, ubati kerinduan dengan sediakan sendiri nasi minyak di rumah. Caranya mudah sahaja.

Bahan :

Kismis
2 sudu besar Minyak sapi
Bunga lawang / Buah pelaga / Kayu manis
1 sudu besar Planta
Daun pandan
1 Kiub ayam
1/ cawan Susu cair
5 sudu besar Minyak masak

Bahan kisar :

5 ulas Bawang merah

1/2 labu Bawang besar

4 ulas Bawang putih

1/2 inci Halia

Cara :

Panaskan minyak masak/minyak sapi/planta. Boleh gunakan rice cooker.
Tumis 3 sekawan.
Masukkan daun pandan.
Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga agar kering sikit. Kemudian msaukkan kiub ayam.
Masukkan kismis dan susu cair. Masak sehingga kering sikit.
Masukkan beras. Beras dicuci dahulu dan tos kan. Tuan punya resipi gunakan 2 1/2 cawan beras.
Masukkan air dan masak nasi macam biasa. Lebihkan air sedikit. Jika suka masin letak sedikit garam.
Siap nasi minyak dan ayam masak merah.

Sumber : Cik Puan Sarah


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

WhaleBuy perkukuh kedudukan serantau dengan pembukaan ibu pejabat global di Kuala Lumpur

WhaleBuy Group melakar satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pengembangannya apabila secara rasmi membuka ibu pejabat global syarikat itu...

More Articles Like This