PPV mega Stadium Nasional Bukit Jalil beroperasi Isnin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

STADIUM Nasional Bukit Jalil telah bersiap sedia untuk bertindak sebagai sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala besar apabila dijangka beroperasi mulai Isnin ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pembukaan PPV Stadium Nasional Bukit Jalil itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat memperoleh vaksin terutama di sekitar Lembah Klang.

Menurut beliau, seluruh trek balapan stadium telah pun bertukar wajah menjadi ruang bagi tujuan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Reezal Merican memaklumkan PPV mega itu dijangka mampu mencapai kapasiti 10,000 dos sehari dengan tumpuan diberikan kepada penduduk berusia 40 tahun ke bawah.

“Terima kasih kepada petugas yang bertungkus-lumus menyiapkan fasiliti PPV mega ini yang dijangka dapat beroperasi mulai 21 Jun.

Baca artikel berkaitan: Lebih 1.5 juta lengkap dua suntikan, keseluruhan 5.5 juta

“Saya dapat lihat kesungguhan daripada petugas barisan hadapan perubatan dan bukan perubatan bagi memastikan keselesaan rakyat yang akan berkunjung untuk mendapatkan dos vaksin,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook beliau malam tadi.

Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, pembukaan PPV Stadium Nasional Bukit Jalil itu adalah sebahagian usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjayakan inisiatif diterajui Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Kata beliau, ia juga selaras dengan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) dalam PICK melalui penggunaan fasiliti secara optimum.

Beliau memberitahu, Stadium Tertutup Axiata Arena telah pun digunakan sebagai PPV bermula 7 Jun lalu bagi tujuan sama.

Pada masa sama, Reezal Merican berkata, sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) di bawah kelolaan KBS akan memberi khidmat di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Di peringkat awal, seramai 60 orang akan ditempatkan dan ditambah mengikut keperluan.

“Insya-Allah, dengan ikhtiar ini kita akan dapat meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dengan lebih cepat lagi. Terima kasih MOSTI dan KKM atas kerja keras dilakukan demi rakyat Malaysia.

“Saya ambil kesempatan ini menyeru kepada rakan-rakan netizen agar segera mendaftar dan sentiasa menyemak aplikasi MySejahtera anda,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This