3 rakyat Palestin mogok lapar bantah tahanan pentadbiran Israel

Dari Penulis

SEBANYAK tiga tahanan Palestin di penjara Israel sedang meneruskan mogok lapar bagi membantah penahanan pentadbiran mereka yang dibuat tanpa pertuduhan mahu pun perbicaraan.

Agensi berita Palestin, WAFA yang memetik Persatuan Tahanan Palestin (PPS) sebagai berkata, Ghadanfar Abu Atwan, 28, dari pekan Dura, selatan Hebron sudah mogok lapar selama 47 hari bagi membantah penahanannya tanpa pendakwaan atau perbicaraan di Pusat Perubatan Kaplan.

Tindakan serupa diambil Khader Adnan, 43, dari Jenin yang sedang mogok lapar selama 22 hari berturut-turut bagi membantah tahanan pentadbirannya di Pusat Tahanan Al-Jalma.

Selain itu, Jamal Al-Taweel, 59, dari meneruskan mogok laparnya buat hari ke-18 berturut-turut bagi membantah tindakan Israel mengenakan tahanan pentadbiran ke atas anak perempuannya yang juga wartawan, Bushra Al-Taweel.

Dia kini ditahan di Penjara Hasharon.

Amalan tahanan pentadbiran oleh Israel dikecam secara meluas, tindakan yang membenarkan penahanan rakyat Palestin tanpa pertuduhan atau perbicaraan untuk selang masa yang boleh diperbaharui antara tiga hingga enam bulan berdasarkan bukti yang tidak didedahkan sehingga seorang peguam tahanan dilarang melihat anak guamnya.

Pertubuhan Amnesty International pernah menyifatkan penggunaan tahanan pentadbiran oleh Israel sebagai “taktik muflis” dan menggesa Israel agar menghentikan langkah itu.

Tahanan Palestin kerap menggunakan mogok lapar sebagai cara untuk membantah penahanan pentadbiran mereka secara tidak sah dan menuntut dasar itu yang melanggar undang-undang antarabangsa agar dihentikan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This