Kerja baiki kabel terbakar di Jambatan P. Pinang siap lebih awal – TNB

Dari Penulis

KERJA -KERJA membaiki kabel voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terbakar di KM3.2 Jambatan Pulau Pinang pada 22 Februari LEPAS dijangka siap pada 25 Jun ini, hampir dua minggu lebih awal daripada dijadualkan.

Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Ir. Husaini Husin berkata komitmen pantas dan berterusan TNB dengan kerjasama pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) membolehkan kerja-kerja baik pulih berjalan lebih cepat daripada dijadualkan iaitu 6 Julai 2021, meskipun berdepan keadaan laut yang bergelora.

“Kerja-kerja baik pulih bermula pada 4 Mac 2021 melibatkan penggantian tiga kabel voltan tinggi dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Tengah ke Bayan Mutiara sepanjang kira-kira 1 km.

“Sepanjang tempoh pembaikan, kelancaran trafik di Jambatan Pulau Pinang tidak terganggu sama sekali kerana TNB hanya menggunakan jalan laut. Kerja-kerja pembaikan juga tidak menjejaskan daya harap dan kestabilan bekalan elektrik ke Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Jelas beliau, TNB menggunakan bot dan baj bagi mengangkat peralatan dan alat ganti, selain melakukan kerja merentang kabel menggunakan baj sepenuhnya.

Kerja-kerja diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 semasa situasi pandemik COVID-19 yang memuncak setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan wabak di tapak kerja.

“Keutamaan TNB ialah memulihkan kerosakan yang berlaku agar pengguna di Pulau Pinang dapat berterusan menerima bekalan elektrik yang stabil dan berdaya harap, selaras dengan nilai teras kami yang Mengutamakan Pelanggan,” tambah Husaini.

“TNB berterima kasih atas kerjasama yang diberikan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang; Suruhanjaya Tenaga (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis); LLM; PLUS; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; Polis Diraja Malaysia dan Penang Port Sdn. Bhd,” katanya.

TNB menyatakan laporan siasatan kejadian sedang disediakan dan akan dimuktamadkan bersama pihak PLUS pada bulan Julai ini. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This