COVID-19: Kenyataan Annuar kedudukan Malaysia lebih baik berbanding negara maju tidak tepat – Dr. Akmal

Dari Penulis

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Jasin, Dr. Akmal Saleh mempertikaikan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan kedudukan COVID-19 di Malaysia jauh lebih baik berbanding negara-negara maju dengan menggunakan data kadar kematian akibat virus tersebut.

Namun, Dr. Akmar berkata, data kes kematian tersebut bukanlah kayu pengukur sebenar untuk mengukur kadar jangkitan COVID-19 kerana pengukur kadar jangkitan terbaik adalah perbandingan data kadar harian kes harian bagi satu juta penduduk.

“Jika mengikut kadar harian kes COVID-19 bagi satu juta penduduk, antara ke enam-enam negara yang Annuar nyatakan, Malaysia mendapat tempat yang pertama. Maksudnya jika dibandingkan kadar jangkitan di antara enam negara itu (Itali, United Kingdom, Russia, Perancis, Amerika Syarikat dan Malaysia), rakyat Malaysia paling ramai mendapat jangkitan berbanding negara tersebut.

“Inilah realiti yang perlu Annuar beritahu rakyat, bukannya menggunakan perbandingan kadar kematian mengikut kadar jangkitan yang tidak mengikut saiz sesuatu negara.

“Realiti dan hakikat sebenar adalah kadar jangkitan kita sangat tinggi berbanding enam negara yang dinyatakan Annuar, ini adalah fakta.

“Saya sertakan juga untuk rujukan iaitu: ourworldindata.org/covid-case ,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, kes COVID-19 di kebanyakkan negara yang Annuar sebutkan itu adalah paling tinggi berlaku ketika vaksin masih lagi dalam peringkat kajian dan belum digunakan kepada umum.

“Alhamdulilah sehingga hari ini, ada di antara negara yang Tan Sri sebutkan itu dah isytihar bebas dari COVID-19, berbanding di negara kita, kes COVID-19 tetap meningkat walaupun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah dilaksanakan bermula Mac lalu,” tambahnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO negeri Melaka.

Terdahulu, menjawab lanjut soalan moderator forum HarakahDaily, Annuar yang juga ahli parlimen Ketereh meminta orang ramai membandingkan keadaan di Malaysia dengan negara lain, khususnya negara yang lebih maju teknologi dan sains perubatannya.

Memetik beberapa contoh, dia berkata Amerika Syarikat setakat ini telah mencatatkan hampir 35 juta kes positif termasuk 615,232 kematian, manakala United Kingdom mencatat lebih 4.5 juta kes dengan 127,000 kematian.

Ini, menurut Annuar, merupakan satu lagi petunjuk prestasi Malaysia yang baik berbanding negara-negara lain.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

RTM mohon maaf gangguan siaran aksi Perancis-Senegal di RTMKlik

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf kepada penonton susulan gangguan teknikal yang menjejaskan siaran langsung separuh masa pertama perlawanan...

More Articles Like This