Operasi bersepadu banteras ketidakpatuhan SOP COVID-19

Dari Penulis

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) kini meneraju dan mengkoordinasi penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 dan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara ini seperti diputuskan Persidangan khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pengurusan COVID-19 pada Isnin lalu.

Sehubungan itu, kata Hamzah, KDN akan melancarkan Ops Patuh, yakni operasi membanteras ketidakpatuhan SOP di peringkat nasional secara bersepadu dan besar-besaran dengan serta-merta.

Katanya, pelaksanaan Ops Patuh itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP PKP COVID-19 (JKPS) yang dipengerusikannya hari ini.

Bercakap kepada media mengenai rangkuman operasi SOP sekatan pergerakan penuh hari ini, beliau berkata, operasi akan tertumpu kepada aspek penyalahgunaan surat kelulusan yang dikeluarkan oleh kementerian, jabatan atau agensi yang diputuskan MKN.

Selain itu, katanya sekatan jalan raya bergerak akan diadakan di kawasan perkilangan dan perindustrian yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ COVID-19 di seluruh negara.

Baca artikel berkaitan: 82 kematian, 21 kluster, 18 libat tempat kerja

84 kematian, termuda 8 tahun, 20 lagi kluster tempat kerja

Hamzah berkata, bagi memastikan keberkesanan pemantauan, aset strategik milik semua agensi penguatkuasaan seperti helikopter dan dron akan digunakan.

“Ketegasan dan keberkesanan aspek penguatkuasaan ini amat penting bagi membolehkan negara beralih kepada fasa pemulihan yang lebih baik dengan segera, sejajar dengan Pelan Pemulihan Negara yang telah dirangka kerajaan,” katanya.

Mengenai operasi pematuhan SOP, Hamzah berkata pihak berkuasa telah memeriksa 123,469 premis perniagaan dan 21,219 kilang di seluruh negara dalam tempoh 18 Jun hingga semalam.

Beliau berkata menerusi operasi itu, 885 kompaun dikeluarkan terhadap kilang dan premis perniagaan, 265 premis diarahkan tutup dan 39 individu ditahan atas pelbagai kesalahan mengenai ketidakpatuhan SOP serta melanggar arahan sekatan pergerakan penuh.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This