Belum fikir nak kembali berumah tangga – Jiggy Masin

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SETAHUN hidup menduda, pelakon dan pelawak Jiggy masih belum terbuka hati untuk kembali berumah tangga.

Menurut Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nadzri kini selesa menumpukan perhatiannya kepada karier seni dan selain mahu berbakti kepada ibu bapanya.

“Saya masih ‘single’ lagi dan buat masa sekarang fokus saya lebih kepada memberi tumpuan kepada keluarga sendiri.

“Saya rasa mungkin ini adalah masa dan peluang yang Allah berikan pada saya untuk berbakti kepada orang tua saya,” katanya kepada URTV.

Jiggy yang merupakan anggota kumpulan Masin berkata demikian ketika sesi sidang media drama Seram Tak Seram yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Walaupun terikat dengan jadual kerja yang agak padat, Jiggy tetap akan memastikan ada ruang kosong untuk dirinya meluangkan masa bersama keluarga di rumah.

Kata Jiggy, dia seorang yang mementingkan keluarga lebih daripada segalanya, justeru dia telah berpesan kepada pengurusnya untuk memastikan dirinya dapat bercuti sehari dalam seminggu.

“Saya akan gunakan masa berehat saya itu untuk berada disamping keluarga,” ungkapnya.

Untuk rekod, Jiggy mendirikan rumah tangga dengan pengacara Elly Ariffin pada 9 September 2016 sebelum sah bercerai pada 30 Januari 2020.

Dalam perkembangan lain, selain Jiggy, drama Seram Tak Seram yang ditayangkan di TV9 itu turut dibintangi oleh Adam Corrie, Joey Daud, Didie Alias, Mia Nasir, Afifah Nasir, Qazem Nor dan ramai lagi.

Drama 13 episod terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd., itu bersiaran setiap hari Khamis mulai 24 Jun lalu, pukul 9.30 malam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This