Dirakam bercium dengan staff, Menteri Kesihatan Britain letak jawatan sebab ‘langgar SOP’

Dari Penulis


MENTERI Kesihatan Britain, Matt Hancock meletak jawatannya hari ini selepas beliau didapati melanggar peraturan penjarakan fizikal yang ditetapkan oleh kerajaan selepas dirakam mencium seorang pembantu di kementeriannya.

BBC melaporkan, dalam surat kepada Perdana Menteri Borris Johnson, Hancock berkata, kerajaan ‘berhutang kepada rakyat yang telah banyak berkorban dalam pandemik ini dan secara jujurnya semasa kita menghampakan mereka’.

Boris Johnson berkata, beliau ‘sedih’ menerima peletakan jawatan itu.

Hancock (kanan) berdepan tekanan untuk meletak jawatan selepas akhbar Sun menerbitkan gambar dan videonya sedang bercium dengan pembantu kementerian, Gina Coladangelo (kiri).

 Bekas Canselor, Sajid Javid berkata, beliau rasa ‘dihormati’ dipilih menggantikan Hancock.

Hancock berdepan tekanan untuk meletak jawatan selepas akhbar Sun menerbitkan gambar dan videonya sedang bercium dengan pembantu kementerian, Gina Coladangelo.

Hancock dan Coladangelo kedua-duanya telah berkahwin dengan mempunyai tiga orang anak. Menurut Sun, gambar itu diambil di dalam Jabatan Kesihatan pada 6 Mei.

Hancock dilapor sudah bercerai dengan isterinya, Martha selepas 15 tahun berkahwin dan difahamkan hubungan dengan Coladangelo pada tahap serius.

Anggota Parlimen Britain kebanyakannya menggesa Hancock meletak jawatannya berikutan kontroversi itu.

Pengarang politik BBC, Laura Kuenssberg berkata, keputusan Hancock meletakkan jawatannya tidak dipengaruhi oleh desakan Johnson.

Katanya, Coladangelo turut meletak jawatannya sebagai pengarah bukan eksekutif Jabatan Kesihatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This