Perkahwinan, ikatan suci antara dua hati. Namun ia bukan sekadar cinta, pengertiannya lebih daripada itu. Pengorbanan, kesabaran dan tolak ansur dalam memenuhi keperluan dua hati.
Selepas bergelar suami isteri, cinta secara membuta tuli tidak akan cukup untuk mempertahankan rumah tangga. Di sinilah keharmonian mula tercabar dan penyesuaian mula mengambil tempat.
Bagaimana nak kekalkan kebahagian rumah tangga? Cuba ikut tip yang dikongsikan ini.

● Suami dan isteri perlu tahu tanggungjawab masing-masing.
● Pasangan harus saling menjaga maruah suami isteri dan tidak menyebarkan rahsia rumah tangga kepada orang yang tidak dipercayai.
● Sentiasa berdoa kepada Allah supaya rumah tangga sentiasa aman dan dijauhi daripada perkara-perkara yang buruk.
● Suami isteri perlu bekerjasama dan bersefahaman dalam menjalankan amanah Allah.
● Elakkan bersangka buruk terhadap pasangan.
● Apabila menyedari kelemahan atau kesilapan pasangan, bantu pasangan untuk berubah dengan cara memberi motivasi.
● Amalkan teknik komunikasi berkesan dalam pergaulan suami isteri.
● Beri dan terima teguran secara berhemah dan bijaksana.
● Kerap melakukan aktiviti bersama-sama.
● Bagi pasangan yang bakal berkahwin, tingkatkan pengetahuan tentang ilmu rumah tangga melalui pembacaan atau mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman supaya anda lebih bersedia menjadi seorang suami atau isteri.

