Wajah misteri Belmez. Dikaitkan dengan roh yang tidak tenteram muncul pada lantai rumah

Dari Penulis

Maria Gomez Camara, seorang suri rumah yang menetap di desa Belmez, salah sebuah kawasan pedalaman di Sepanyol.

Suatu petang pada Ogos 1971, Maria ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam keluarganya. Namun, dia menjerit ketakutan apabila melihat lantai dapurnya.

Terpampang wajah seorang lelaki tidak dikenali pada lantai rumahnya. Mata lelaki itu bagaikan sedang menatap dengan pandangan dingin. Paparan wajah itu bagaikan potret lukisan. Bezanya, ia dilakar di atas lantai, bukan di atas kanvas seperti lazimnya yang biasa dilihat.

Maria terkejut dan hairan bagaimana potret lelaki itu boleh ada di situ. Sebelum itu, lantai dapurnya bersih.

Kisah lukisan misteri yang timbul pada lantai dapur rumah Maria tersebar. Ramai orang mula membanjiri rumahnya untuk menyaksikan keanehan tersebut. Mereka percaya, lukisan yang timbul secara misteri itu bagaikan satu manifestasi daripada dunia roh.

Maria berasa terganggu dengan potret misteri itu sehingga tidak berani menggunakan dapurnya. Seminggu kemudian, dengan menggunakan sebilah kapak, anak lelaki Maria memecahkan lantai dapur rumah mereka. Setelah ‘wajah’ lelaki itu hilang, lantai dapur di simen sekali lagi.

Maria menyangka hiduppnya sudah tenang setelah wajah misteri itu dihapuskan. Tetapi seminggu kemudian, Maria terkejut lagi sewaktu masuk ke dapurnya. Muncul lagi wajah misteri itu di atas lantai, tepat di mana bahagian yang sama munculnya wajah itu sebelum ini. Bezanya, wajah misteri yang kedua ini tidak sama dengan yang pertama dulu.

Antara wajah yang muncul di lantai rumah Maria.

Sekali lagi rumah Maria dipenuhi pengunjung yang taksub dengan misteri gambar wajah pada lantai dapurnya itu. Ketua desa mencadangkan agar potret misteri itu ‘diangkat’ daripada lantai dapur Maria. Potret misteri itu dibingkaikan untuk tatapan umum, salah satu agenda untuk mempopularkan desa mereka.

Setelah potret misteri itu ‘dipotong’, lantai rumah Maria terus digali. Pada kedalaman hampir tiga meter, ditemui pelbagai tulang temulang manusia. Penemuan ini membuat penduduk yakin wajah-wajah misteri yang muncul pada lantai dapur rumah Maria ada kaitan dengan roh yang tidak tenteram, apatah lagi tapak rumah Maria sebelum itu dikatakan adalah bekas kawasan perkuburan.

Sangka Maria, segalanya telah selesai dengan penemuan tulang-tulang tersebut. Lantai dapur rumahnya juga telah disimen semula.

Namun, dua minggu kemudian, muncul lagi wajah baru di tempat yang sama. Kali ini bukan satu, tapi ada dua wajah misteri yang muncul sekaligus. Ia tidak terhenti di situ. Dari hari ke sehari, muncul garis-garis baru yang membentuk wajah keempat dan kelima, menjadikan lantai dapur rumah Maria semakin dipenuhi dengan wajah-wajah misteri tersebut.

Pelbagai wajah aneh muncul di lantai rumah.

Maria mengalah. Dia sudah letih untuk memadam wajah-wajah itu. Lantas dibiarkannya saja. Semakin lama, wajah-wajah misteri itu semakin banyak dan bila dikira, ada 18 wajah misteri yang berteraburan pada lantai dapur rumahnya itu. Ada wajah perempuan dan juga lelaki. Ada tua, ada muda. Yang pasti, kesemua wajah-wajah itu tampak sedih dengan pandangan mata sayu.

Rumah Maria tidak putus-putus dikunjungi orang ramai yang mahu menyaksikan keanehan tersebut. Dan kerana terlalu ramai pengunjung, Maria tidak lagi dapat menggunakan ruang dapur itu untuk memasak. Sebaliknya, dia terpaksa membina dapur baru di bahagian lain di sisi rumahnya.

Rumah Maria tidak putus dikunjungi setelah kisah wajah-wajah aneh itu tersebar.

Ramai pengkaji cuba merungkai misteri wajah-wajah aneh tersebut. Kesemuanya cuba membuat andaian dan rumusan tersendiri. Tidak kurang yang menuduh Maria sendiri yang melukis wajah-wajah tersebut. Namun begitu, mereka gagal membuktikan bahan-bahan yang digunakan dan bagaiamana Maria dapat melakukannya walaupun mengkajinya di makmal dengan peralatan moden.

Para pengkaji ramai yang datang ke rumah ini untuk mengkaji wajah-wajah aneh ini.

Persoalan kewujudan wajah-wajah misteri itu gagal dirungkaikan sehinggalah Maria meninggal dunia pada Februari tahun 2004, di mana Maria telah hidup bersama wajah-wajah misteri itu selama lebih 30 tahun.

______________

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Bunian tak semua cantik’… Miman gambarkan makhluk misteri dalam karyanya

Lukisan bunian yang dihasilkan oleh pelukis muda berbakat, Miman, baru-baru ini mencuri perhatian ramai di media sosial.  Berbeza dengan gambaran...

More Articles Like This