Laksanakan titah Agong, segerakan sidang Parlimen – Asyraf Wajdi

Dari Penulis

PERGERAKAN Pemuda UMNO hari ini mengingatkan kerajaan supaya melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu Parlimen bersidang segera.

Ketuanya, Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kegagalan kerajaan tidak melaksanakan titah itu boleh menyebabkan rakyat menyelar mereka sebagai kerajaan derhaka.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Hari ini terjawab polemik yang sengaja dicetuskan mengenai sidang Parlimen yang mesti disegerakan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memanggil menghadap kedua-dua Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara!

Sejurus selepas sesi menghadap, satu lagi kenyataan media Istana Negara dikeluarkan bagaikan memperkukuhkan lagi titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini yang mahu Parlimen bersidang secepat mungkin.

Kenapa susah sangat nak faham Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah yang jelas dalam dua kenyataan media pada 16 Jun lalu menitahkan supaya Parlimen wajar bersidang dalam masa terdekat, sehinggakan Tuanku Agong harus sekali lagi memanggil kedua-dua Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk menghadap?

Kedua-dua kenyataan media Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ini yang jelas mengggunakan  perkataan ‘Secepat mungkin’ dan ‘Segera’ untuk menzahirkan hasrat Tuanku Agong dan Raja-Raja Melayu yang mahu Parlimen bersidang untuk membahaskan segala permasalahan rakyat yang berhadapan dengan Pandemik Covid-19. 

Parlimen juga boleh bahaskan kelak apakah benar Darurat yang diproklamasikan Kerajaan adalah untuk tujuan menangani Covid-19 atau mempertahankan kuasa!

Yang pasti jika membaca kedua-dua kenyataan media sebelum ini dengan hati terbuka, jelas bahawa Tuanku Agong dan Raja-Raja Melayu amat prihatin akan keperitan rakyat hari ini yang benar-benar susah, terdesak dan amat tertekan!

Justeru, segerakan Titah Tuanku atau Kerajaan hari ini bakal diselar rakyat sebagai kerajaan derhaka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This