PEMULIH: ACCCIM harap moratorium merangkumi PKS, syarikat pertengahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GABUNGAN Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) berharap moratorium pembayaran pinjaman bank selama enam bulan tanpa syarat akan dapat merangkumi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pertengahan.

Menurut ACCCIM dalam kenyataan, moratorium yang diumumkan Perdana Menteri menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), semalam itu dapat membantu PKS dan syarikat pertengahan yang terjejas kerana tidak dibenarkan beroperasi semasa Fasa Satu Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

Walaupun begitu, ACCCIM tetap menyambut baik pengumuman PEMULIH bernilai RM150 bilion dengan mengatakan ia mampu memberi kelegaan yang sangat diperlukan bagi meringankan beban kewangan.

Katanya, ACCCIM juga gembira kerana PEMULIH mengandungi pelbagai bentuk bantuan termasuk pemberian tunai, kemudahan pinjaman dan pelbagai dana kepada sektor sasaran.

“PEMULIH adalah satu bentuk pakej bantuan yang komprehensif kepada semua kumpulan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Baca artikel berkaitan: PEMULIH: Moratorium pinjaman bank selama 6 bulan

Perdana Menteri umum PEMULIH bernilai RM150 bilion

“Diharapkan semua langkah yang diumumkan dapat dilaksanakan dengan baik dan bantuan kewangan disalurkan dengan pantas bagi mencapai hasil yang diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan pakej rangsangan terbaharu iaitu PEMULIH mengambil kira bebanan ditanggung rakyat akibat pelaksanaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan PPN.

Menurut Perdana Menteri, pakej rangsangan kelapan yang diumumkan sejak pandemik COVID-19 melanda itu melibatkan nilai keseluruhan berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal sebanyak RM10 bilion.

Mengulas lanjut, ACCCIM turut berharap Menteri Kewangan dapat mempertimbangkan beberapa langkah membabitkan cukai bagi meringankan aliran tunai pembayar cukai.

Antara cadangan yang diberi ACCCIM termasuk bayaran ansuran cukai bulanan kepada syarikat dan individu sehingga hujung tahun bagi memudahkan aliran tunai perniagaan.

“Selain itu, ACCCIM turut mencadangkan pembayaran cukai akhir selepas penyerahan penyata cukai syarikat.

“Untuk membenarkan cukai akhir pembayaran, sekiranya ada akan diselesaikan dalam empat kali ansuran iaitu selama empat bulan tanpa dikenakan denda,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This