ICR KKM lancar platform pantau sukarelawan kajian klinikal

Dari Penulis

INSTITUT Penyelidikan Klinikal (ICR) melancarkan ‘National Healthy Research Volunteer Register’ sebagai platform untuk memantau keselamatan sukarelawan sihat yang menyertai kajian klinikal di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pelancaran platform ini juga akan membantu para penyelidik dan sukarelawan dalam memastikan integriti kajian klinikal yang dijalankan tidak terjejas.

Katanya, ini agar sukarelawan tidak berada di dalam beberapa kajian klinikal serentak dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Selaras dengan standard antarabangsa serta keutamaan untuk memantau keselamatan sukarelawan sihat di dalam kajian klinikal, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menggariskan keperluan untuk mewujudkan pangkalan data ini bagi sukarelawan sihat dalam kajian klinikal di Malaysia seperti yang termaktub dalam Malaysian Guideline for Phase 1 Unit Inspection and Accreditation Programme 2018.

“Sebagai makluman, kajian klinikal terdiri daripada beberapa fasa iaitu fasa 1, fasa 2, fasa 3 dan fasa 4. Secara amnya, kajian klinikal dijalankan dengan penglibatan pesakit atau sukarelawan sihat.

“Sukarelawan sihat adalah mereka yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang menghalang mereka daripada menyertai percubaan klinikal,” katanya yang merasmikan pelancaran tersebut hari ini.

Baca artikel berkaitan: Saguhati sukarelawan kesihatan dinaikkan kepada RM100 sehari

Tambah Noor Hisham, secara khususnya, sukarelawan sihat terlibat dalam kajian klinikal fasa 1, kajian bioavailability dan bioequivalence, serta kajian fasa 3 seperti kajian klinikal yang sedang dijalankan berkenaan vaksin.

Kata beliau, bagi memastikan platform ini dapat digunakan dengan efisen, latihan telah diberikan kepada staf-staf rangkaian pusat penyelidikan klinikal di bawah kelolaan ICR, KKM dan institusi atau pusat-pusat yang mengendalikan kajian klinikal berasaskan bioavailability dan bioequivalence.

“Kementerian Kesihatan (KKM) turut menyasarkan penglibatan secara menyeluruh daripada institusi pengajian tinggi serta sektor swasta dalam menggunakan platform ini di masa hadapan,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This